Ummi dah dua kali. Anwat Bila Lagi?

Anwar, kes tuduhan meliwat Saiful hang tak berani bersumpah laknat,ni kes tuduhan zina bersama pelacur cina pun setakat ini takdak tanda-tanda Anwat akan bersumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Apa cerita ni Anwat? Ummi dengan beraninya bersumpah laknat bahawa beliau tak buat perlakuan zina dengan insan bernama baginda.

“Saya Ummi Hafilda Ali bersumpah saya tidak pernah berzina dengan insan bernama Baginda dan sekiranya saya berbohong, biarlah Allah melaknat saya”.

Demikian sumpah laknat Ummi Hafilda Ali di hadapan media dan penyokong UMNO bagi membuktikan kebenaran dan menafikan dakwaan skandal seks membabitkan dirinya dengan bekas rakan niaganya, Baginda Minda.

Pada sidang media itu, Ummi Hafilda dakwa beliau berani bersumpah kerana tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar.

Menurutnya, ini bukan sumpah laknat pertama yang dibuatnya.

“Ini bukan kali pertama, 10 tahun lalu saya juga buat sumpah laknat kerana difitnah,” katanya.

Sumpah laknat kali ini untuk bersihkan namanya setelah didakwa Baginda mereka pernah jalin hubungan seks di London, selain mempertikai keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pengakuan bersumpah atau menyerahkan sampel profil DNA.

Ummi Hafilda, pada 17 Mac, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Baginda selain memohon injunksi terhadap Baginda daripada ulang atau siarkan lagi kenyataan yang memfitnahnya.

Menurutnya, beliau ambil tindakan itu bukan takut pendedahan Baginda, tetapi demi menjaga reputasi dan integritinya.

Ummi Hafilda dalam saman pemula itu, mendakwa defendan dalam satu temuramah, di lobi Parlimen, mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...