Dewan Bedah Berdefinisi Tinggi? Hebat Malaysia!


Malaysia akan muncul sebagai negara pertama di rantau ini yang memiliki empat dewan bedah bersepadu berdefinisi tinggi (OR1) untuk melakukan pelbagai pembedahan laparoskopik dan endoskopik bersifat kompleks, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari Isnin.

Beliau berkata dua daripada OR1 itu telah disiapkan, manakala dua lagi akan siap tidak lama lagi.

"Kos dua ORI yang telah disiapkan itu ialah RM4 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ORI di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

Beliau berkata tiada gunanya pakar bedah mempunyai pengetahuan untuk melakukan pembedahan menggunakan kaedah terkini, jika kelengkapan yang sewajarnya tidak disediakan.

Oleh itu, kata Liow, PPUKM akan mewujudkan Pusat Kamhiran Pembedahan Termaju menjelang akhir tahun ini melibatkan kos RM40 juta untuk meningkatkan kepakaran pakar bedah dalam pembedahan laparoskopik.

"Ini peluang bagi kita untuk mempunyai pusat latihan bertaraf dunia, bukan saja untuk memberi latihan kepada pakar bedah tempatan, tetapi juga dari luar negara.

"Malah, ramai pakar bedah memberitahu saya bahawa pembedahan jenis ini mempunyai masa depan yang cerah kerana pesakit boleh sembuh dalam tempoh singkat, berbanding pembedahan menggunakan kaedah biasa, yang mungkin mengambil masa hingga berbulan-bulan untuk sembuh," katanya.

Liow berkata kira-kira 60 peratus kes biasa di PPUKM dikendalikan melalui pembedahan laparoskopik seperti masalah jantung, pankreas dan buah pinggang.

AS: Syabas KKM. Macam ni la yang rakyat suka. Duit rakyat digunakan dengan sebaiknya untuk rakyat juga. Harap banyak juga manfaatnya kepada rakyat. Alhamdulillah..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...