Inilah Wajah Pasangan TKSU Yang Dikatakan Dah Berkahwin.


TIMBALAN Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, (kanan) dan pasangannya Nur Diayana Norslan, 29, (tengah) keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut dekat Pulau Pinang, hari ini selepas membayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang. Salim dan Nur Diayana mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi di sini Sabtu lalu.

Salim, 51, memakai kemeja biru dan berseluar hitam sementara Nur Diayana, 30, berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya kira-kira pukul 10 pagi.

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang sambil memandang antara satu sama lain serta berkata “tidak mengaku bersalah” ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka berdua berhubungan tuduhan yang didakwa.

Sebelum itu, Salim hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan ditemani isterinya manakala Nur Diayana kira-kira 1 jam selepas itu dengan menaiki Honda CRV kelabu.

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada hanya RM1,000 sahaja.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Beliau membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini bagi mengelak mereka menghilangkan diri semasa perbicaraan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.

“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini. - Utusan

4 comments:

Anonymous said...

ini lah akibatnya berkahwin sorok-sorok di luar negara..
bini tua tak bagi pasang satu lagi ke..?

Anonymous said...

Dunia hari ini...
Pasangan berkahwin ditangkap khalwat tapi lelaki berzina dibiarkan....

Anonymous said...

Kalau nikah pun salah,, ikut cara AlJuburi je,,, tibai bini orang, tibai anak dara orang, tibai anak bujang orang,pendek kata semua tibai lah, ada pulak yang defend ,, yang ni tak nak defend ke ??????? wahai pengikut AlJuburi

Dot said...

Alhamdulillah..

ooooooo...mereka dah bernikah rupanya! tak de salah la tu kalau dah ada sijil nikah...cuma bayar denda sebab lewat daftar nikah dlm negara sj nanti... tak payahla bising2 sbb memang dah halal pun! cuma harap puak2 sebelah sana tengok2la pemimpin2 kamu yg suka kacau bini2 kawan, tak halal tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...