Rupa-rupanya di sebalik isu hangat jam Omega dan DNA yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-duanya membawa pengertian tersendiri.
Menurut Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad, kedua-dua perkataan itu ada membawa nilai buat manusia `Anugerah Tuhan’ bagi Datin Seri Wan Azizah.
“Secara peribadi saya andaikan Omega bermaksud – Orang Melayu Engkau Gadaikan- Anwar hingga akhirnya DNA- Dah Nasib Anwar, hari ini dia berdolak-dalik dalam menangani segala isu yang dihadapi sejak akhir-akhir ini.
“Inilah akibat dari tindakan dan tindak tanduk ‘Anugerah Tuhan’ ini, yang telah mengadaikan maruah bangsa,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas tindakan Anwar berdolak-dalik dan melenting ketika disoal wartawan baru-baru ini mengenai misteri jam Omeganya.
Sehubungan dengan itu, Wan Indera mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana memberikan jawapan yang ‘kemas dan rapi’ sesuai dengan ‘imejnya’ yang selama ini cukup hebat berbicara tentang kebebasan media, demokrasi, kewarakan sebagai seorang Islam yang disanjung oleh sahabatnya, Dr Yusof Al-Qardawi.
“Itulah ‘ANUGERAH TUHAN’ yang sebenarnya, Anwar tidak mampu untuk memberikan jawapan yang benar, jawapan yang pasti, jawapan yang boleh memberikan keyakinan kepada rakyat, sebaliknya melenting dan mengherdik wartawan apabila sesuatu persoalan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepadanya,” ujar beliau.
Dalam masa yang sama, bagi Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) melihat isu jam Omegara ini, Anwar benar-benar panik dan takut dengan bayang-bayang yang dia cipta sendiri.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, dulu dia takut dengan SUMPAH, kemudian dia takut dengan DNA kini dia takut pulak dengan OMEGA, bukan telor omega tapi jam OMEGA.
“GAPS prihatin bahawa Anwar sekarang sudah membuli wartawan wanita. Dia telah mengherdik wartawan wanita. Dia telah ‘harass” wartawan wanita.
“Wanita kini sudah jadi mangsa Anwar dalam pelbagai perkara. Taubat lah Anwar. Jangan perkecilkan kebolehan wanita,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment