Sebab Ni Lah Kot Yang Anwat Tak Mau Bersumpah Laknat?

''Korang tak terfikir ke kalau Allah laknat sekali harung satu bangsa, satu negara baru mendapat! ... Tak habis-habis nak guna taktik sumpah laknat, jangan buat main-main beb. Yang mendesak pun dua kali lima aje!!''
AS nak tergelak dan kesian pun ada dengan komen seorang balaci Anwar yang bermati-matian pertahankan kenapa Anwar tak perlu bersumpah laknat dalam entry AS sebelum ini.

Apa yang AS tau, sumpah laknat ni merelakan seorang yang bersumpah ini dikenakan bala oleh Allah ke atas dirinya sahaja. Bila masa pulak nak babitkan satu negara? Melainkanlah seluruh rakyat merestui dan menyokong perbuatan zina dan liwat Anwar.

Yang kita risaukan, bila bala dari Allah menimpa,dia tak kira hang jahat atau baik, alim ulamak semua kena sekali disebabkan perbuatan Anwar jika benar dia bersalah. Bukan masalah sumpah laknat ini.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي

لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي.
(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.” (1)

Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).

Namun, tentu sahaja sebelum sesuatu sumpah itu dapat memiliki authority seumpama di atas, orang yang bersumpah dan orang yang mendengar sumpah perlu mengetahui hukum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Jika tidak, dibimbangi sumpah akan menjadi alat mainan sehingga ia hilang authority yang sepatutnya ia miliki.


1 comment:

aidil said...

Salam Tuan.
Inilah bahananya bila kita sesuka hati mengeluarkan hukum mengikut pemikiran kita dan lojik akal. Hukum Allah mendahului lojik akal manusia.

Jgn sesekali melemparkan hukuman terutama para agamawan mengikut nafsu politik dan lojik akal kita. Kembali kepada Al-Quran & As-Sunnah, Ijmak Ulama & Qias.

Untuk kes sumpah mubahalah, sila rujuk Al-Quran surah ali-imran ayat 61. Itu keputusan & perintah dari Allah. Kalau mereka-mereka hadith Rasulullah pun balasannya amat berat, inikan pula menafikan hukum yg termaktub dalam Al-Quran dari Tuhan Rabbul Jalil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...