Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.
Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.
“Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.
“Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula,” katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.
“Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat,” katanya.
Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.
“Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi,” katanya.
Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.
Dia turut bercadang membawa perkara itu kepada Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Melaka sebelum dirujuk ke Jabatan Buruh Negeri.-Sinar
AS: APA NAK JADI? TIADA SEBARANG RASA HORMAT DAN TOLERANSI TERHADAP AGAMA ORANG LAIN.
DASAR KAPITALIS LINTAH DARAT SEPERTI INI PERLU DIBERI PENERANGAN TENTANG HAK SEORANG PEKERJA. ADAKAH MENJADI KERUGIAN BESAR JIKA MASA YANG DIPERUNTUKKAN HANYA 10 MINIT?
ALLAH TAALA PASTI AKAN MEMBERI GANJARAN YANG BESAR KEPADA ORANG INI. JANGAN BIMBANG.
9 comments:
Kenapa tak pergi report kepada Pork niky bukan dia sahabat karib Pap Dapig dia boleh kowteam punya.Dia boleh cadangkan jilat pungkoq Dapig .Baru tahu siapa itu cina kafir Harbi.Boss besar Hampas.
hah org2 yg mengaku Islam dlm umno, pas dan pkr? apasal diam je?
UMNO dah bersuara tetapi didalam PAS PKR terdapat banyak syaitan bisu....
Anon 4:43
Kau lak, bukan Islam ye? Pun tak cakap apa2?
Wahai AS, boleh dapatkan details Rosli Awang nih tak? Aku terasa gatal gila nak buat repot polis. Ke, berdasarkan apa yang dah ada sekarang nih pun boleh dah boleh buat report?
Tima kasih.
-Servant of God-
Solat tu wajib, kerja tu satu amanah. Sepatutunya masa di interview dulu, negotiate lah dengan bos pasal waktu solat.
Atau pun sebelum berhenti kat masjid tu, jumpa/talipon bos bagitau awal awal nak ambik masa buat solat. Kalau dia tak bagi, baru lah boleh melenting.
kita bakar je lori2 tu...
taukey tu islam ke bukan islam.
kalau taukey tu bukan islam sahlah memang depa tu orang kapir macam kat singapore tu.
tapi kalau taukey tu orang islam, sahlah depa tu samada orang pas atau pkr sebab depa2 nama saja islam tapi solat pun ntah kemana.
-artis-
Ni la cara orang bercakap fanatik, racist tak tentu arah.
Jangan nak marah tak tentu pasal. Kita bukan tau majikan side of the story. Maamat tu pun kenapa tak call boss dia cakap lambat sikit. Ntah bos dia ada urgent delivery yang nak kena hantar. at least kalau boss dia mmg nak urgent dia blh hantar lori dulu.. lepas tu pegi le sembahyang. Waktu zohor kan pjg...
korang ni semua bercakap memang dah mcm yahudi.
Kita kalo bleh jgn jadikan Islam tu sbg isu untuk difitnah.
Brader tu mmg seorang muslim yg taat kpd Islam. Walaubagaimanapun dia kne tgk time dia bhneti solat tu kne tak pada masanya.
Dia boleh hntr konkrit tu dlu lps tu baru singgah solat. Ini hukum fekah. sama jugak kalo ada makanan,harus dijamah sebelum solat.
Kalo nak tau, tempoh masa konkrit yg boleh diterima adalah 45minit dari mula dibancuh hingga ke site. Spec JKR. Kalo tak boleh direject.
Bayangkan kalo 1m3 harga RM250.00, kalo brader tu bwk 6m3 dah bharga RM1,500.00. Mmg le tokey dia marah.
Kalo dia hntr dlu pastu gi solat pun takpe. Byk org2 yg drebar buat kat KL, S'gor ni. Takde bising pun.
Mungkin sbb abg tu baru kje dia tak tau psl konkrit2 nie..
Post a Comment