Menurut Ezam, beliau akan memberikan kerjasama penuh dan bersedia ke mahkamah bila-bila masa sebagai saksi pihak pembelaan.
“Ini peluang yang saya tunggu-tunggu. Saya tidak akan melepaskan kesempatan terbaik ini untuk mendedahkan kebenaran dan menangkis fitnah Anwar terhadap saya selama ini,”katanya ketika dihubungi Agendadaily Isnin malam.
Ezam terkenal dengan kelantangannya membela Anwar dalam kes liwat pertama pada 1998/99, termasuk sebagai pengasas bersama PKR dan memimpin sayap pemuda parti tersebut.
Pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di penjara Kajang kerana kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada 2002 hingga 2004.
Beliau bagaimanapun keluar dari PKR pada Jun 2007 selepas hilang kepercayaan kepada perjuangan Anwar dan bergiat aktif dengan NGO.
Ezam menyertai semula UMNO pada Mei 2008.
Sebelum itu, pagi Isnin, Anwar diarahkan membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah membuat keputusan wujud prime facie terhadap kes tersebut.
Berikutan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memberitahu media, bahawa Ezam antara beberapa individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pasukan pembelaan Anwar.
Selain Ezam, turut disenaraikan untuk dirakam keterangan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selain Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan Datuk Mumtaz Jaafar.
Menurut Ezam, sekiranya dipanggil sebagai saksi pembelaan, beliau akan menggunakan sepenuhnya ruang tersebut untuk membuktikan di mahkamah bagaimana Anwar menutup pekungnya dengan menfitnah orang lain.
“Saya akan beritahu mahkamah, bagaimana munafiknya manusia bernama Anwar Ibrahim ini,” kata beliau.
Ezam sebelum ini pernah memberitahu media bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak boleh lagi menyokong Anwar, ketika ditanya mengapa, kata Ezam beliau hanya akan mendedahkan di mahkamah sahaja.
Sementara itu, menurut Karpal proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.
Terdahulu, Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi (kemasukan) zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.
Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lalu.
Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu
Anwar, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.-agendadaily
AS: Pihak Pembelaan Tunggu Apa Lagi? Ezam Siap Tawar Diri Lagi Tu? Nih Anwat gila apa? Apa kena mengena nak kaitkan dengan Najib pulak?
No comments:
Post a Comment