Inilah Bukti Rakyat Didahulukan! Bukan Dahulukan Politik Macam Pakatan Haram!

PERTAMA SEKALI AS UCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DIATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN BN DIBAWAH DS NAJIB YANG TELAH MENDENGAR LUAHAN DAN MERASAI DENYUT NADI RAKYAT. ISU PREMIUM INSURAN KENDERAAN LAMA YANG MEMBEBANKAN SEMEMANGNYA MENJADI SATU POLEMIK YANG MENGUNDANG BANYAK RASA MARAH DAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT YANG MEMILIKI KERETA BERUSIA.

SEKARANG APA LAGI PECACAI PAKATAN HARAM NAK KATA DALAM ISU INI? HARAP DAPAT BUKA LA MATA TU. KERAJAAN PUSAT SEBOLEH-BOLEHNYA TAK MAU MENYUSAHKAN RAKYAT. BUKAN MACAM PAKATAN HARAM YANG KERJANYA 24 JAM BERPOLITIK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN TAK HABIS-HABIS MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN!


Premium insurans kereta lama normal
Berkuat-kuasa serta-merta kenderaan persendirian melebihi jangka hayat 10 tahun akan dikenakan kadar premium pasaran normal dan tidak tertakluk kepada bebanan yang dikenakan terhadap kenderaan berisiko tinggi.

Serentak itu, pemilik kenderaan persendirian terbabit boleh mendapatkan perlindungan insurans di semua penanggung insurans dan pejabat pos seluruh negara. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam turut mengumumkan penanggung insurans memberi komitmen untuk menyediakan perlindungan kepada motosikal ditajajamin Insuran Kenderaan Berkelompok Malaysia (MMIP). “Sehubungan itu, penanggung insurans harus memberitahu pelanggan mereka sama ada perlindungan insurans motor yang ditawarkan, disediakan oleh pihak penanggung insurans atau MMIP.

“Selain itu, kenderaan melebihi 10 tahun atau ‘kenderaan tersisih’ hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika kenderaan terbabit dianggap berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak bercadang membatalkan perlindungan insurans bagi kereta lama dan kenderaan berharga bawah RM10,000.

Perdana Menteri berkata, kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah disebabkan syarikat insurans menanggung kerugian berikutan kos tuntutan tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium dikenakan.
BNM berkata, bagi memastikan hak pengguna dilindungi, pihaknya melarang penanggung insurans daripada memaksa pelanggan mereka supaya membeli produk bukan motor sebagai syarat untuk mereka menjual perlindungan insurans.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baru-Berita Harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...