'Melayu Memang babi':-Sekitar Gambar-Gambar Laporan Polis

ORANG RAMAI SEDANG MENELITI SALINAN YANG DAPAT DARI LAMAN SOSIAL "FACEBOOK" YANG MENGECAM MEGATAKAN "MELAYU MEMANG BABI"


BARISAN AJK PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TSK GELUGOR YANG DI KETUAI OLEH SAUDARA HASBUL HAZANI SELESAI MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS SG DUA
SIDANG AKHBAR MENGUTUK SEKERAS KERASNYA PERKATAAN "MELAYU MEMANG BABI" OLEH MANUSIA YANG TIDAK BERHATI PERUT DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN SOSIAL "FACEBOOK"


Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Facebook menggunakan nama 'Melayu Memang Babi' yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat di negara ini.Laporan itu dibuat ketuanya, Hasbul Hazani Daud di Balai Polis Sungai Dua di sini, kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurut Hasbul Hazani, pihaknya mengesan kewujudan akaun itu di laman sosial tersebut yang menggunakan gambar profil kepala babi sekitar pukul 4.30 petang semalam.
"Sehingga pukul 2 petang ini, akaun itu sudah mempunyai 894 rakan dalam talian yang rata-ratanya mengutuk dan mengecam kewujudan akaun tersebut.

"Kita percaya kewujudan akaun itu adalah perbuatan pihak tertentu yang menjurus ke arah mencetuskan sensitiviti perkauman dengan secara terang-terangan melemparkan penghinaan kepada orang Melayu," katanya selepas membuat laporan itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan paling tegas ke atas pihak terbabit yang sengaja mencetuskan provokasi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sempena tarikh 13 Mei hari ini, pihaknya mengecam sebarang cubaan oleh pihak yang mahu menimbulkan ketegangan sehingga boleh membangkitkan kemarahan mana-mana kaum.

"Kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang, pihak-pihak tidak bertamadun yang sengaja mencari publisiti murah seumpama ini wajar dikenakan tindakan paling tegas termasuk dilucutkan kerakyatan," tegasnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...