Hina Klinik 1 Malaysia. Gambar-Gambar Rakyat Bagan Berbilang Kaum Bangkit Membantah Kenyataan Exco DAP Komunis!

Merujuk kepada entry AS sebelum ini di SINI berkaitan perangai jahat Exco DAP PP, Phee Boon Poh yang berniat buruk cuba mempertikaikan peranan Klinik 1 Malaysia.

Saksikanlah gambar-gambar yang AS bawa untuk tatapan semua untuk menunjukkan betapa bahawa semua rakyat berbilang kaum sekitar Bagan Ajam telah bangkit beramai-ramai bagi membantah kenyataan berniat jahat ADUN DAP Sungai Puyu terbabit.




Seramai 200 orang penduduk di Bagan Ajam membuat demontrasi aman membantah kenyataan pemimpin DAP di dalam Sidang DUN yang menyatakan penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah satu pembaziran .

Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.

“Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.

“Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya,” katanya.

Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.

“Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.

“Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya,” katanya.

Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.

“Rawatan yang diberikan di klinik ini sama dengan rawatan di tempat lain dan kedudukannya di lokasi berdekatan perumahan memudahkan kami mendapat perkhidmatan kesihatan.

“Jika nak ke klinik swasta di pekan, kami terpaksa mengeluarkan wang lebih dan merugikan masa serta mengalami masalah pengangkutan terutamanya bagi penduduk miskin seperti saya,” katanya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penawar, Hamid Dalilah, 50, tindakan Boon Poh mempertikaikan ketiadaan doktor di klinik itu menunjukkan beliau tidak memahami konsep perkhidmatan kesihatan yang menjadi amalan dalam dunia perubatan selama ini.

2 comments:

Anonymous said...

hangpa pangkah lagi ! hangpa pangkah lagi... Pas PkR hangpa pangkah lagi naaa !

jin pakai toceng... said...

aku rasa cina kamjat ni bercakap mewakili persatuan klinik2 swasta malaysia kot...maklumlah ngan kedatangan klinik 1malaysia telah mengakibatkan bisnie orangsakit bertambahsakit diarang makin merudum jatuh....
deman kanak2...rm60 - RM90...

KLINIK 1MALAYSIA...RM1 AJE...ubat pun baik punya,bukan campur air masak.

benda yg baik mengapa nak ditentang...tahniah tok jid kerana memahami rintihan rakyat marhain seperti kami...

tapi tangan aku berat nak ngudi umno dan bn.tak tahu ngapa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...