Pemimpin PAS Selangor Bantah Tindakan Rejim Khalid Isu Kg Sg Kerandang!

Ketika Kerajaan Negeri kekal dengan keputusannya untuk meneruskan operasi memusnahkan penempatan dan tanaman penduduk di Kampung Sungai Kerandang di sini, mantan Yang Dipertua Pas Hulu Selangor pula bangkit menyuarakan kekesalannya sekiranya operasi diteruskan.

Abdul Wahid Basri yang kini memegang Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Selangor berkata, keputusan itu berbeza daripada hasrat asal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu membela nasib Melayu khususnya melibatkan pemilikan tanah.

“Menurut makluman Menteri Besar sebelum ini dan di mana-mana kempen pilihan raya, beliau akan membela nasib semua kaum khususnya melibatkan pemilikan tanah di negeri ini.

“Tapi kalau (operasi ini) diteruskan juga, amat malang bagi penduduk dan ia akan memberi kesan buruk terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri seperti mana yang pernah berlaku kepada kerajaan terdahulu,” katanya.

2 comments:

pemerhati HAMpas said...

eloklah tu PAS oiiii percayalah dengan PKR yg ketuanya kaki pembohong, dan angkatlah sanjunglah berilah kucupan mesra pada DAP tu sampai akhir hayat. besar hikmahnya.

di Perak DAP bagi kampung baru cina 999 tahun, tu baru berkuasa sekejap aja. kalau lama memerintah mungkin dapat sejuta tahun sampai kiamat.

di PP dan Selangor kampung Melayu kena roboh walau pun dah duduk berpuluh tahun.

syabas PAS kerana bagi lesen pada DAP dan PKR memunahkan Melayu, sebahagian dari contoh terbaik kerajaan berjiwa rakyat tapi memunahkan rakyat. "pandikutty" musibat ...

Anonymous said...

PAS juga terlibat dalam merancang perobohan Kg Sg Kerandang kerana ia adalah sebahagian Kerajaan Negeri Selangor...hukum PAS dalam PR13 nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...