Ron95 naik 20sen bulan depan?


Nak percaya ka tak mau ramalan Amresearch dibawah ni. Apapun AS harap kerajaan buatlah tindakan yang bijak. AS paham keperluan rasionalisasi subsidi tersebut sebolehnya kerajaan tak mau lakukan. Tapi susah la nak cakap. Buat salah tak buat salah. Takkan kita nak Malaysia jadi macam negara Greece kot?

Keputusan PRU12 yang lalu harap dijadikan pengajaran. Jangan biarkan pihak lawan menggunakan isu yang paling mudah ini untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Itu je. AS rasa tak salah kot kerajaan berkorban gunakan segala sumber dan alternatif tindakan yang ada demi untuk tidak membebankan rakyat.



Amresearch : Ron95 dijangka naik 20 sen bulan depan

Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch.

Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...