Tu Dia! Lagi 225 ahli hardcore PAS Kuala Kedah masuk UMNO!

Seramai 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, Ahmad Marzuki mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.
Ahmad berkata, mereka bertindak keluar PAS kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan PAS mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin PAS tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata, pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota PAS. - BERNAMA

AS: Ahli PAS sendiri sudah muak dengan penipuan dan janji-janji manis Ustad Zizan. Tiada apa pun pembaharuan dan kemajuan yang dilakukan di Kedah.

5 comments:

bahtera merdeka said...

Tahniah, berani membuat perubahan kearah kebaikan dan kesinambungan perjuangan Melayu.Selagi anak-anak kita dibwh barisan kepimpinan Melayu UMNO setakat ini, kebajikan dan kerjayaanak-anak Melayu dalam kuota Melayu terus terbela. Org UMNO ( T.A.Razak) contohnya buka tanah takda penghuni, bangunkan oleh pengurusan Melayu, diberi milik kpd Melayu. Ldg Rakyat baru nak belajar berekonomi sapa yg dpt, sapa yg mengurus. Yg pasti org Melayu yg miskin tak dpt tanah malah ditebang sesuka hati.

Anonymous said...

Anda, hebat anda berani, itulah kematangan dalam membuat keputusan.Selama ni UMNO berjuang utk Melayu, sapa lagi nak tolong. Inilah bumi bertuah dan merdeka serta berdaulat yg Melayu kena jaga.

Anonymous said...

tahniah, kembalilah ke pangkuan sebenar yg membela org Melayu. Hidup UMNO

Antibarua said...

kalau tanya MB PASBERG tu mesti dia jawab : TAK TAU, TAK TAU. DIA TAU BERUK DENGAN MONYET SAJA.

Anonymous said...

Tahniah anda bijak membuat pilihan yang tepat. MB PASPISPUS dia tahu cukup bulan terima gaji aje. GAJI BUTA... Gaya dia tak macam MB macam penghulu kampong dulu dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...