Apa Kata Survey? 67% Tolak Demo Haram 'Bersih'!

Kira-kira 67 peratus rakyat Malaysia yang menyertai kaji selidik menolak perhimpunan haram yang dijadualkan diadakan di ibu negara pada 9 Julai depan, menurut kajian dilakukan Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MIDAS).

Kaji selidik sepanjang dua minggu lalu turut mendedahkan, 12 peratus rakyat mempunyai pendirian berkecuali, manakala hanya 21 peratus saja bersetuju perhimpunan haram itu diadakan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kajian MIDAS itu membuktikan majoriti rakyat negara ini menolak idea mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan haram itu. “Ertinya, majoriti senyap rakyat kita tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini. Kaji selidik ini dilakukan institusi yang boleh dipercayai. Ia dilakukan berdasarkan peratusan demografi walaupun responden diambil secara rambang.

“Maka, saya fikir perhimpunan ini adalah gimik politik semata-mata. Mereka hanya mahu mewujudkan momentum untuk mengumpulkan penyokong pembangkang atau pengundi atas pagar untuk menyokong pembangkang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Angkatan Tentera Berhad (Koperasi Tentera) di Kem Sungai Buloh, di sini semalam.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT) merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Roslan Saad dan Pengerusi Koperasi Tentera, Leftenan Kolonel Hamisan Mian.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat risikan, penganjur perhimpunan itu menganggap ia akan mencapai matlamatnya jika berlaku pertempuran dan penangkapan peserta perhimpunan dengan pihak berkuasa.
Beliau turut memberi amaran kepada pegawai dan anggota tentera yang didapati menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan berat mengikut undang-undang tentera.

“Pegawai dan anggota tentera tidak boleh terbabit secara langsung atau tidak dalam mana-mana aktiviti politik apatah lagi menyertai perhimpunan haram. Jika ada, kita wajib mengambil tindakan terhadap mereka seperti mengambil tindakan disiplin, digantung kerja atau hukuman lebih berat mengikut undang-undang tentera,” katanya.BH

AS:Ini bukan online poll yang dihijack seperti The Star yang membuatkan machai Pakatan Haram semua kena tipu dan terus meroyan! This is a real fact!

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Cuma Menteri KDN tu aje yang masih bermain teka-teki. Susah-susah sangat kalau takut bagi aje kat Agong untuk istiharkan darurat... Lepas tu Menteri KDN ni boleh letak jawatan sebab ATM akan take over... macam kat Thailand tu..ada berani...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...