Noorhayana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menghadiri majlis itu.
Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.
Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.
SMA-SAMALAH KITA DOAKAN MEREKA BAHAGIA HINGGA KE JINJANG PELAMIN DAN SETERUSNYA SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI SINAR HIDAYAH UNTUK MEREKA MENJADI PASANGAN YANG DIRAHMATI ALLAH.
TERNYATALAH FITNAH PAKATAN HARAM YANG MENUDUH DS NAJIB KE KAZAKHSTAN UNTUK MENGURUSKAN PERKAHWINAN ANAKNYA ADALAH PALSU BELAKA KERANA MAJLIS PERTUNANGAN DILANGSUNGKAN DI MALAYSIA.
3 comments:
so what if its true that ds najib went to kazakhstan to arrange for their engagement...
those opposition are bloody morons who only think that najib would embezzle government money for the engagement...
Pembangang memang takdak modal.
Ya Allah! soal jodoh pun nak dipolitikkan ka? betui2 dah tolak qadar & qhada' Allah! bukankah ajal maut, jodoh pertemuan hak Allah SWT belaka? yg tak dicaripun akan dapat kalau dah Allah firman KUN FAYAKUN!!!!
semoga mrk kekal bahagia...Insyaallah
Post a Comment