Pabila LGE Raja Rasis Dah Mula Masuk Campur Kes Anak Hannah Yeoh!


Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, merupakan peristiwa yang amat mengecewakan.
Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia.
DAP berbangga dengan kedua-dua mereka, Hannah dan Ramachandran yang mengamalkan dasar ‘Malaysians’ Malaysia’ dan “Malaysian diutamakan” daripada DAP dalam kehidupan mereka dan semangat menjadi rakyat berbangsa Malaysia di mana kita semua terikat dengan satu tujuan bersama sebagai satu bangsa.

Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. Kita harus melihat latar belakang etnik yang lepas dan akan menjumpai keturunan warisan kita. Kita harus melihat jauh di sebalik bangsa kita dan akan mendapati bahawa kita semua adalah daripada golongan bangsa manusia.

Sokongan penuh diberikan kepada Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.
Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.

Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’. Sekiranya kedua-dua mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, saya telah mengarahkan Pengerusi Biro Undang-Undang kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Saudara Gobind Singh untuk menguruskan kes ini.

Akhirnya, bukan siapa diri kita yang penting tetapi yang pentingnya ialah siapakah kita; bukan warna kulit yang penting tetapi nilai keperibadian; dan bukan keturunan nenek moyang kita yang penting tetapi bagaimana kita berhubung antara satu sama lain dalam menghadapi masa depan

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng


AS:Nak tau niat sebenar DAP senang saja. Apa kata mintak puak Cauvinist usulkan kat Parlimen untuk menghapuskan identiti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Punujabi dan lain-lain. Begitu juga dengan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Dia berani dak?

Kta kena ingat! Ketika penubuhan sekolah wawasan pada tahun 2002, DAP adalah parti yang cukup kuat menentang. Sehingga tertubuhlah pertubuhan Save Our School (SOS). DAP tidak suka melihat orang melayu, cina dan india duduk bersama sama di dalam kantin, menggunakan padang yang sama dan dewan perhimpunan yang sama.

Mereka mahu mengasingkan orang melayu di sekolah kebangsaan, orang cina sekolah cina dan orang india sekolah tamil. penubuhan sekolah wawasan sangat baik kerana semua jenis sekolah (sekolah kebangsaan, cina dan tamil) berada di bawah satu bumbung. Di sini, anak anak yang baru sekolah akan menggunakan kemudahan di sekolah bersama sama.

Tetapi DAP atas semangat perkauman yang menebal telah menolak penubuhan sekolah cina dan menghasut orang orang cina menentang penubuhan sekolah wawasan. Di sini kita boleh melihat DAP tidak suka orang orang bersatu dari kecil. Mereka mahu mengasingkan orang orang cina india dan melayu dari kecil lagi

Si Hannah ni nak daftar anak dia sebagai bangsa Malaysia AS tak rasa itu datang dari hasrat yang ikhlas tapi lebih kepada niat untuk memprovokasikan JPN dengan kerajaan Malaysia sekarang khususnya idea 1Malaysia. Ia hanyalah taktik murahan politaik yang opportunis seperti Lim Guan Eng Celaka yang tujuannya hanya ingin memprovokasi perlembagaan Malaysia serta menghasut bangsanya membenci kerajaan BN!

4 comments:

Anonymous said...

patut ubah dasara negara, semua bangsa bertutur dalam bahasa malaysia dan semua sekolah bangsa di mansuhkan atas alasan setiap bangsa berkongsi bangsa. bahsa kaum hanya di pakai di dalam rumah ibadah jek. semua news paper mesti dlm bahasa malaysia kerana pengeluar adalah di dalam bahasa malaysia. aku harap kjaan mansuhkan sistem sekolah perkauman.

Bingai @ Bangang said...

mungkinkah dia juga seorang penyumbang DNA? kah kah kah

Neilkie69 said...

Amat setuju dengan perjuangan LGE untuk wujudkan bangsa Malaysia tetapi adakah LGE bersedia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama, menghapuskan sekolah China dengan Sekolah Kebangsaan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar,LGE dapat terima ke akhbar Bahasa Malaysia sahaja yang diedarkan di Negara ini dan wujudkan kebudayaan Malaysia. Terima kah LGE dengan nama rakyat Malaysia dengan Nama Berteraskan Melayu sebagaimana Indonesia.Atau hanya atas perkara-perkara yang tertentu saja LGE setuju...

Anonymous said...

LANCHAU kalau TAK POTONG ada taik palat la !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...