Ribuan Ahli UMNO Nibong Tebal Bertekad Tawan Kembali Nibong Tebal! (Pics)
Pada hemat dan pemerhatian AS, tampak Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Nibong Tebal bersungguh-sungguh melalui semangat dan komitmen yang ditunjukkan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal Ahad baru ini.
Dato Seri Shafie Afdal Naib Presiden UMNO Malaysia telah hadir merasmikan dan memberikan ucapan yang membakar semangat kepada semua yang hadir. Sekitar 1000 orang yang hadir pada Perasmian Mesyuarat tersebut dapat menunggu dan tidak meninggalkan kerusi masing-masing sehingga majlis tamat bagi mendengar amanat dari DS Shafie Apdal dan Dato Zainal Abidin Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal.
Diharapkan komitmen dan keterujaan para perwakilan dan ahli yang ditunjukkan pada majlis tersebut, menjadi satu indikator yang cukup baik dalam usaha UMNO untuk merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebel terutamanya melalui gerak kerja yang tersusun dan bersepadu. Tiada Yang Mustahil, InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
malas nk layan x dak komen pun....sibuk nk tawan gunung everest kot.
Post a Comment