AS suka 'highlightkan' kembali atas apa yang PAS telah lakukan terhadap penceramah tersohor masa kini,Ustaz Kazim.
USTAZ KAZIM ALIAS DIPECAT KEAHLIAN PAS - Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak - 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak
Usul ‘Melongkangkan’ Ulama disokong sebulat suara ……
Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.
Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambil kira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.sumber-http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/
Ustaz Kazim Elias sangat terkenal dengan penyampaian dakwahnya namun yang menjadi tanda tanya kenapa perlu pecat seorang yang berkaliber berdakwah untuk menyampaikan ajaran Islam , pendekatan dakwahnya sangat diminati oleh anak muda termasuk AS sendiri.
Apa yang AS lihat disini, mana-mana ulamak,atau ilmuan Islam dari parti PAS yang didapati mengeluarkan kenyataan yang mengkritik parti akan segera dibakulsampahkan. hamPAS parti Maksum jenis bodoh tak boleh ditegur.Ini kerana PAS telah sedar bahawa golongan ulama bukan senjata mereka memenangi PRU, ini adalah disebabkan kerana ulama yg sebenar tak pandai nak menipu, memaki hamun dan memfitnah!
1 comment:
Patut la banner dah xde ari tu kuliyah ustaz kazim kat hulu kelang. Dia kata , dia dgr kna pecat pun melalui internet. Xde hitamputih, ni ke namanya keadilan katanya. Aku respek kat ustaz kazim sbb berani cakap benda yg tak betul sbb dia berhujah berlandaskan Quran dan hadith. Puak2 yg kata islam ni la yg suruh tutup sekolah Tahfiz dan rumah anak yatim kelolaan Ustaz Kazim kat Manjoi perak.
Post a Comment