Inilah akibatnya bertindak ikut emosi. Agak-agaknya budak nangoi ni pengikut puak hamPAS kot? Ye lah kan, puak-puak ni bukan reti hormat pemimpin. Sebab kalah bola pun boleh buat keje bodoh macam ni.
Sekarang, hang rasakanlah wahai Nik Rabani. Pandai buat pandai tanggung la. Tak ke menyusahkan mak bapal. Sorang lagi yang guna nama 'kay shakila' nampaknya terus kecut menghilangkan diri.
"Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Bharu kerana dipercayai terbabit dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dikeluarkan dalam satu laman sosial baru-baru ini.
Lelaki berusia 24 tahun yang juga seorang penganggur, menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8 malam kelmarin.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis turut merampas komputer riba yang dibawa lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terbabit dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.
Pada 13 Jun lalu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - BERNAMA"
1 comment:
Kembang jarak kembang jagung, berani buat berani tanggung......
Post a Comment