Bapa Restoran Rakyat, Anak Kedai Rakyat


Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran membuktikan kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, menjadi hasrat kerajaan dan beliau sendiri untuk melihat Gagasan 1Malaysia bukan sekadar slogan atau kata aluan ucapan di majlis tertentu sebaliknya dalam bentuk produk dan perkhidmatan yang boleh membantu serta memberi keselesaan kepada rakyat.

“Sebelum ini Klinik 1Malaysia dan kini kita mengambil langkah membuka Kedai Rakyat 1Malaysia selepas kajian mendalam terhadap keperluan dan kepayahan rakyat terutama mereka berpendapatan rendah serta sederhana rendah di bandar.

“Kedai pertama ini yang menawarkan 250 barangan keperluan harian pada harga lebih murah adalah inisiatif Mydin Mohamed Holdings Berhad bersama Syarikat Impian Stabil Sdn Bhd manakala Syarikat Prasarana Negara menyediakan lokasi,” katanya dalam ucapan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.
Perdana Menteri berkata, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia tidak banyak beza dengan Restoran Rakyat yang diperkenalkan pentadbiran bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak ketika kemelesetan ekonomi sekitar 1970-an.

“Konsepnya hampir sama, kita menjual barangan keperluan harian pada harga murah, pembungkusan minimum tetapi kualitinya tetap sama dengan barangan di pasaran manakala pemilihan LRT Kelana Jaya sebagai lokasi pertama dilihat sesuai kerana menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia turut memberi suntikan besar kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana kebanyakan barangan itu dibekalkan mereka.

“Selain itu, jika berlaku malapetaka seperti banjir atau mahu membantu rakyat miskin, bekalan barangan ke perluan boleh diperoleh daripada Kedai Rakyat 1Malaysia pada harga lebih murah.

“Selepas ini, kedai sama akan dibuka di lokasi lain yang kita akan kenal pasti seperti Klinik 1Malaysia di seluruh negara,” katanya.
-metro

AS:ALHAMDULILLAH, TERBUKTILAH GAGASAN 1 MALAYSIA BUKAN HANYA SLOGAN ATAU RETORIK SEMATA-MATA. KERAJAAN MENGOTAKANAPA YANG DIKATA!

4 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Puak pembangkang sakit hati... tapi yang pergi kedai rakyat tu orang2 dia juga.. Tunggu juga reaksi dari pemimpin pembangkang, manalah tahu ada yang keluar fatwa.. HARAM membeli barang dikedai Rakyat kerana menjual barangan dibawah harga pasaran... heeheee.. teringat kes Khir Toyo... adalah salah membeli hartanah dibawah harga pasaran walaupun penjual setuju untuk menjual?????

ahm su o said...

Tahniah BN..
tertunggu2 langkah dan tindakan 'negara kebajikan' hamPAS kunyit yang Selamanya dari Dulu dan Kini masih berada 'dalam mulut' dan 'kertas Haprakdaily'.
citt!!! porahhhh!!! dasar pembohong...

hangkedee said...

banyakan lagi.Agar si lintah darat pedagang cina komunis tak boleh sesuka hati menaikkan harga barang.Beri kepada badanbadan kooperasi ke sebagai pemborong atau pembekal.Baru ada saigan sihat bukan monopoli.Tenguk Astro apa dah jadi sesuka hati menaikan caj bulan .

Anonymous said...

nampak sangat siapa sebenarnya yang buat negara berkebajikan. hamPAS hanya melaungkan hingga anak tekak pun dah nak terkeluar, tapi apa kebajikan yang dilakukan? yang mereka tahu sibuk bersekongkol dengan Ambiga laknatullah nak porak perandakan negara. layakkah mereka menjadi pemerintah? renung-renungkanlah, dan buatlah pilihan yang bijak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...