Syarikat DIGI Bakulsampahkan Bahasa Rasmi Negara?

klik utk lebih jelas

Entry kali ni AS bawakan Screen Shot Bahagian Aduan Khidmat Pelanggan Melaui 'Chat' Syarikat telekomunikasi terkemuka negara iaitu DIGI.

Amat malang sekali, Negara yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi kebangsaan negara tidak dipedulikan langsung oleh syarikat DIGI ini.

Kenapakah susah sangat untuk berbual dalam bahasa Melayu? Staf yang dilantik adakah bukan rakyat Malaysia?
Bagaimana pula pelanggan yang tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang ingin melaporkan masalah talian mereka kepada syarikat terbabit?

Harap kalau ada staff atau pengurusan DIGI yang baca blog ni tolong bawakan kepada pihak pengurusan atasan. Amat malanglah sekali syarikat yang mengaut keuntungan dalam Malaysia, tetapi untuk menggunakan bahasa rasmi sebagai medium perhubungan dengan pelanggan pun terpaksa hanya 100% dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya bagilah pilihan kepada pengguna untuk berbual dalam dua bahasa.

1 comment:

maae said...

Salam Anak Seberang,

Papar komplen kepada MD Digi, cc kepada PM Najib 1 Malaysia, TPM dan Rais Yatim. Semua kan ada facebook, twitter

Tengok apa reaksi mereka dan para pengomentar semua.

Saya rasa agak efektif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...