Akhirnya Ostad Zizan Tertunduk Layu! Bukti PAS Haprak!

Seperti yang dijangka MB Kedah akan tunduk mengalah kepada desakan DAP & orang bukanmuslim di Kedah berkenaan penutupan pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan.

Disini kita nampak bahawa dalam negara yang berbilang kaum, sebagai pemerintah beragama Islam, kita tak seharusnya menafikan hak kaum minoriti yang lain. Segala keperluan dan pandangan dari mereka haruslah diambil kira.

So, kita lihat tiada bezanya kepimpinan UMNO/BN dengan PAS. Tiada satupun ciri Islamik atau penambah baikan hukum Islam yang dilakukan oleh PAS sejak memerintah Kedah.

Di P.Pinang dan Selangor jangan katalah, pusat judi,rumah urut dan hiburan bercambah sakan meningkat beratus peratus semenjak pakatan haram mentadbir negeri-negeri tersebut.

Memang kita bercakap soal orang Islam adalah dilarang masuk ke tempat-tempat sebegitu. Begitulah juga bagaimana kerajaan BN memberikan lesen arak, pusat hiburan dan judi hanya kepada bukan islam dan penguatkuasaan juga tidak membenarkan Islam masuk ke tempat-tempat tersebut!

Larangan memang dari dulu dah ada, cuma penguatkuasaan saja takdak.
Kalau nak kata kat genting highland tempat berjudi tu, orang Islam sama sekali tidak dibenarkan masukk. Tapi, ada ja orang islam masuk tempat berjudi kat genting highland tu!

Camna nak pastikan orang Islam tak masuk?
Macam arak tidak boleh dijual pada bukan islam/bawah 18 tahun. Tapi, camna remaja-remaja Islam bole beli dan togok arak sesuka hati??
So, macamana PAS kedah nak pastikan bahawa memang takda orang islam masuk kelab malam???

Yalah, nak pastikan penguatkuasaan tu ada,setakat larangan tanpa penguatkuasaan, takda maknanya.Itulah kalau bersatu dengan DAP, kena pulak ikut cakap DAP. jadi la keldai DAP sampai kiamat!

AS tengok taupun MB Azizan memikirkan kepentingan orang bukan Islam. Adakah sekadar untuk meraih undi? Jadi janganlah melalak wahai machai DAP sekalian jika kerajaan BN memberi kebenaran operasi kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam sama sekali ditegah.

Jika dibandingkan pemerintahan UMNO dan PAS., PAS dilihat lebih teruk dengan hanya beretorik menjual agama Islam dan menjadi orang munafik melacurkan agama Islam hanya untuk kepentingan politik mereka padahal semuanya haprak! Satu hapa pun tak dilaksanakan!
Alahai Zizan..
Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.

Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...