Alahai Malaysian, Sebab Pakai Baju MU dalam Kelompok Liverpool Fans Pun Dimalukan Sebegitu Rupa! (Vid Semalam)



As rasa kesian sangat-sangat kat budak ni dimalukan sedemikian rupa hanya disebabkan memakai baju MU dalam kelompok fans Liverpool semasa menonton latihan semalam.

Ye la betul, nanti ada yg cakap apahal mamat tu nak tunjuk berani pi provoke pakai baju MU dalam Fans Liverpool yang ramai! Bagi AS mende kecik je ni.

Kenapa tipikal rakyat Malaysia tampak terlalu fanatik dalam hal-hal sebegini? Depa bukan duk kat Anfield pun sampai ekstrim sangat kununnya 'die hard fans' Liverpool sesangat?

Nih kat Bukit Jalil pun mau kecoh ka? Bagi AS benda ni mau bikin rilek sudah le.
Kenapa semangat @ ketaksuban kepada sesuatu hal seperti menjadi penyokong kuat sesuatu team EPL ini tak diterjemahkan ke sudut positif?

Contohnya menunjukkan kecintaan/patriotisme kita terhadap negara dan bangkit lantang menonjol bagi membantah sebarang usaha campur tangan asing dalam hal negara kita?
Ataupun ekstrim dalam menegakkan keamanan dan kemakmuran dalam negara?

8 comments:

pendekar mustar said...

Apolah bahalul eh penyokong liverFOOL nih..hal baju kecik ajo..apo masalah eh..mangkuk tul nanti aku dtg aku pakai baju chelsea plak berani korang suh aku bukak tgk aku tomoi kepala sekor2...

Anonymous said...

Tue pasal aku benci bola sepak Malaysia nie.... tgk mentaliti org malaysia sendiri pun dah rasa malu... macam nie punya budaya nak bawak ke dunia... main kat kg jer la sampai bila... Sebab tue masa sekolah cikgu ajar bab jaga adap... nie pesennn tak ada adap la seronok malukan orang.... tak pa lah seronok kat dunia dok malukan orang.... akhirat sendiri mau ingat...

Anonymous said...

buat apa la agung2kan team diorg..satu sen pun tak untung...baik sokong team sendiri, kurang2 org kita gak yg main, kulit sama kaler...mcm bodo je gua tengok sokong lebih2 team luar ni...

Anonymous said...

Macam haremmmmm...taksub tahap bangang. Menjatuhkan airmuka org!

Sang Guna said...

bila tengok bola harimau malaya lawan arsenal atau mana2 team EPL baru le kita blh nampak sikit org2 bukan melayu terutamanya cina, yg mengherankan bila harimau malaya punya game yg betul2 bukan friendly, muka amoi ke,anak2 cina ke susah betul nak tengok, dari situ timbul le kata2 yg anak2 cina ni semua dtg sebab nak tengok team EPL main bukan nak tengok harimau malaya, sebabnya mudah aje, tak percaya pergi stadium tengok bola team harimau malaya lawan mana2 team lain, bukan takde tapi blh kira dgn jari je diorang ni dtg. kedai mamak pun kita blh tengok sapa yg ramai.
Semangat kebangsaan pada golongan ni masih nipis sebenarnya diorang dok bangga dgn team luar.
memang mcm sialkan

Mael Hashim said...

1. Tu maknanya budaya 'taksub' sudah masyuk dalam jiwa anak muda kita.

2. Budak MU tu tak pandai bawa diri, tak pandai 'judge' suasana, atau dia memang sengaja nak 'provoke' Liverfool fan. Cuba orang UMNO pakai baju UMNO masuk majlis PAS, tentu kena punya .

Anonymous said...

aku bukan kesian kat mamat MU tu, tp kesian tgk penyokong2 lain tu punya perangai..kalau lwn Indon ker, lwn vietnam aritu..tak nak lak buat gitu..semua hero kampung jer..

Anonymous said...

The lad who went to watch Liverpool train in mufc top with my name on the back is a legend @WayneRooney

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...