Itali, Spain Ekonomi Mereka Semakin Hancur! Malaysia??

AS cuma nak bangkitkan minda kepada semua rakyat Malaysia. Betapa kita perlu mensyukuri nikmat kestabilan ekonomi yang Allah swt berikan kepada Malaysia.

Walaupun puak pakatan haram seringkali melaungkan bahawa ekonomi Malaysia 'kononnya didalam keadaan kritikal', tetapi kita harus sedar dan buka mata dan minda bahawa sememangnya terbukti bahawa ekonomi global didalam keadaaan yang agak merudum sekarang.

Kita lihat negara Itali dan Sepanyol selaku antara kuasa ekonomi terbesar di Eropah sekalipun, AS lihat mereka sungguh dalam tertekan dalam berdepan dengan krisis hutang yang bernilai bertrilion-trilion ringgit!

Adakah ini angkara permainan IMF didalam mencatur perjalanan ekonomi negara tersebut?

Adakah kegagalan ini boleh dijadika indikator bahawa negara-negara eropah tersebut juga punyai pemimpin yang korup, slahguna kuasa & pemimpin yang tidak pandai mentadbir negara sepertimana fitnah pakatan harap terhadap kepimpinan ngegara?

Alhamdulillah, kita punyai Tun M yang bijak dengan tidak terpedaya dengan tipu helah IMF!
Kalau harapkan Nuar, maka melingkuplah Malaysia seperti yang berlaku di negara-negara eropah tersebut!

BRUSSELS, Belgium - Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis.

Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah.

Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion).

Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion).

"Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing," kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca.

Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam.

Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat.

Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat.

Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...