Manusia yang kuciwa setelah kalah bertanding semasa PRU12 di Parlimen dan tiada sebarang jawatan dalam kerajaan & parti iaitu Zainuddin Maidin telah mencadangkan kepada RTM untuk memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.
Kononnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.
As cuma nak tanya satu saja, kenapa semasa dia jadi menteri penerangan dulu dia tak laksanakan perkara ini? Kenapa sekarang setelah dia tiada apa-apa baru bak kemukakan cadangan ini?
Din Maidin taukah apa yang bakal dijanji dalam manifesto Pakatan itu benar-benar boleh dilaksanakan terutamanya dalam buku jinggay? Dan jika dilaksanakan sekalipun adakah ia tidak akan memberi kesan jangka kepada ekonomi negara selepas itu?
Adakah kita nak benarkan si penipu dan pemfitnah pakatan membohong secara terang-terangan secara langsung di dalam kaca TV? Bagaimana pula jika rakyat tertipu?
Din takpe lah, memang dah duk dendiam sekarang. Yang nak teruk petugas parti macam kami ni yang nak betulkan kembali persepsi rakyat!
AS sama sekali tak setuju dengan cadangan Din Maidin nih!
1 comment:
Salam AS,
Dia berbunyi pasal tahu orang dah lupakan dia. Nak ingatkan orang bahawa dia masih hidup. Kalau letak gambar dan tak letak nama, ramai yang dah tak tahu nama dia.
Post a Comment