Kerana Poligami, Salleh Yaacob Dapat Anugerah Dari Kerajaan Kelantan

Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.

Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.

“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.-hmetro

AS: Wahh. Syoknya.. Macam ni AS pun nak kahwin lebih, untung-untung dapat award :)
Kerajaan Kelantan sampai bagi anugerah untuk orang yang berpoligami.
Best.. Best..
Tapi takkan tengok kat artis je?
Yang kahwin 4 ramai lagi tapi tak dihebahkan rasanya?

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu tak ada hal lain nak diketengahkan..kahwin..kahwin..
kahwin...

Anonymous said...

Itu telah yg orang melayu megah. Janganlah buat publisiti murahan. Meluatttttttttt! tau tak. Dah kawin 4 tu senyap2 jelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...