Ku Li Lancar AMANAH Pulak Dah!!


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Jumaat melancarkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah badan bukan kerajaan, bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Beliau berkata permohonan pendaftaran Amanah sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Amanah bukan sebuah parti pertubuhan politik tetapi mempunyai visi untuk membawa keadilan, kesaksamaan, kemajuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berdasarkan kepada semangat perlembagaan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini pada Jumaat.

Turut hadir bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim.

Tengku Razaleigh, selaku Presiden Amanah, berkata barisan anggota-anggota utama jawatankuasa sementara Amanah terdiri daripada nama-nama yang terkenal daripada beberapa parti politik dan pertubuhan sosial di Malaysia.

Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri Abdul Kadir serta bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Tujuh Naib Presiden Amanah pula ialah Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipaun, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew, Dr Patau Rubis dan Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata Amanah akan merealisasikan misinya untuk menangani rasuah, krosnisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk keahlian biasa untuk tempoh setahun dan RM100 untuk keahlian sepanjang hayat. Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas selain kepada pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

AS; PERLU KE LAGI NGO SEPERTI INI? CUKUP-CUKUPLAH YANG ADA! YANG DUK ADA DALAM TU SEMUA PERNAH DUDUK DALAM KERAJAAN DAH MAKAN KENYANG PUN. ADA YANG DAH KAYA RAYA! SEKARANG BARU NAK INGAT RASUAH DAN KRONISME?
HEHE..

DS NAJIB PUN DAH BUAT KERJA MENTRANSFORMASIKAN SEMUA AGENSI KERAJAAN YANG ADA YANG BEBAS DARI RASUAH DAN KRONISME. AGENDA PERPADUAN KAUM MELALUI AMALAN 1 MALAYSIA PUN DIRANGKA DENGAN BAIK. APA YANG TAK CUKUP LAGI?

3 comments:

Anonymous said...

AS...
yang ini juga ada iras-iras wl-Juburi yang kemaruk nak jadi No.1 di Malaysia. Apa rasa UMNO tak mampu berika itu untuk anda? Sila berambus... betul kata Bro AS, dah kenyang pun masa dalam zaman kemuncak dulu. Apa nak buat kemuncak ke-2 ke? Tolong ingat, generasu kemudian dan muda MELUAT dan LOYA melihatnya. Ada faham itu?

dzimba said...

ku li berhajat hendak jadi PM. kalau tidak dapat PM jadi presiden NGO pun ok jugak.. haa haa

hangkedee said...

Lebih baik masuk Pas ganti Pok nik selalu masuk wad...tapi boleh ke Kuli jadi boss fatwa sesat?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...