Benarkah dakwaan pembangkang dan penyokong mereka yg menuduh polis telah melakukan kekejaman dengan membelasah arwah Baharudin hingga patah gigi, patah tulang dan akhirnya menyebabkan kematiannya?
Betulkah gas pemedih mata dan kekasaran pihak polis serta kelewatan bantuan perubatan menjadi punca kematian arwah? Adakah benar tulang rusuk dan gigi arwah patah disebabkan tindakan kejam anggota polis?
Untuk menjawab persoalan tersebut, jom sama-sama kita susuri beberapa info di bawah utk memahami lebih jelas kes kematian arwah Baharuddin ini seterusnya menilainya sendiri dgn akal & fikiran yg waras.
Status Kesihatan
1} Arwah Baharuddin Bin Ahmad berusia 56 tahun, bekerja sebagai pemandu teksi, mempunyai 3 orang anak dan seorang isteri.
2} Mengikut dakwaan anak saudara arwah yg dikenali sebagai Azhar Kassim, kesihatan arwah adalah baik dan cuma ada sedikit tekanan darah tinggi.
Baca seterusnya penjelasan secara terperinci di SINI
1 comment:
Bro,terima kasih atas info mengenai CPR.Disini jelas akan pro dan kontra akan kesan CPR keatas sesorang yang sedang bertarung dengan maut.
Saya akui akan kebenaran pro dan kontra ini.Kerana saya pernah menjalani kursus CPR ini.Saya yakin kepada sesiapa juga yang pernah menjalani latihan ini akan turut mengakui kebenaran.Yang mana salah satu dari kaedah CPR ini ialah tekanan menggunakan tangan keatas bahagian bawah kiri dada dengan kadar tekanan yang kita boleh tafsirkan boleh membawa kecederaan pada tulang rusuk.
Ini perlu diteruskan juga demi usaha menyelamatkan nyawa mangsa.
Sebab itu,untuk kursus ini ia perlu dilakukan dengan penuh ketelitian dan perlu diulang bagi pada setiap waktu tertentu bagi mempastikan pelatih tidak lupa atau melakukan kesilapan.Saya pernah gagal dalam kursus ini dan diminta mengulanginya bagi mendapatkan sijil CPR ini.
Bro,saya adalah seorang pekerja di sebuah hospital swasta.Bila juga disebut akan kehilangan gigi mangsa,saya teringat akan satu kes yang terjadi.Ia agak lama dulu tetapi biarlah ianya menjadi ikhtibar dan renungan.
Dalam mengendalikan kes kecemasan yang melibatkan jantung,maka CPR dan intubation keatas mangsa tidak boleh dinafikan.Masa adalah sangat penting,setiap detik adalah melambangkan peluang kepada mangsa samaada hidup ataupun mati.Gerak kerja mesti pantas.Ini bukan satu aktiviti seperti nak menari tarian asyik.
Berbalik kepada kes gigi patah ni,dalam kes tersebut tube dimasukkan kerongga mulut mangsa.Akibat dalam suasana yang perlu pantas terjadilah kes gigi mangsa ini patah.
Akibat dari patahnya gigi mangsa tersebut doktor yang berkenaan telah mengarahkan E Tube dari jenama berkenaan ditarik keluar dari seluruh unit Hospital.Akibatnya saya terpaksa mengeluarkannya seperti mana yang diarahkan dan digantikan dengan jenama yang lain.
Bagi saya kes patah gigi ini bukan kerana jenama E Tube itu,tetapi ianya lebih kepada aktiviti ketika berusaha menyelamatkan nyawa mangsa yang ketika lebih penting dari memikirkan kenapa gigi mangsa patah.
Oleh itu,bila saya membaca komen keluarga mangsa mengenai kecederaan ini,nasihat saya secara ikhlas terimalah dengan hati terbuka kenyataan yang dikeluarkan oleh doktor yang mengendalikan post mortem mangsa.
Kalau masih lagi tidak puas hati,mintalah kebenaran daripada pehak hospital agar dapat menghadiri satu kes yang melibatkan kes jantung ini.Lihat dan nilaikan sendiri bagi mengiyakan atau menafikan kaedah dan suasana nya.
Akhir kalam,redhalah atas ketentuan NYA.Jauhilah bisikan yang mempunyai kepentingan buruk sangka kerana benci dan marmah.
Rahim Janggut
Post a Comment