AS nak cerita secara ringkas saja, untuk makluman UMNO Bahagian Nibong Tebal telah menganjurkan Program 'Jom Dengaq' Umi Hafilda yang berlangsung dengan jayanya dimana kehadiran sekitar 2000 orang. Namun disebalik itu, ada usaha sabotaj yang cuba dilakukan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk menggagalkan program ini.
Kalau puak PKR dan PAS itu, biasalah memang kita faham dah itu tugas mereka kerana mereka takutkan kebenaran terbongkar. Sila rujuk entryAS sebelum-sebelum ini. Namun amat malang sekali adanya pihak yang tak bertanggungjawab dari orang UMNO bahagian Nibong Tebal sendiri yang cuba menggagalkan program ini.!
Caranya mudah, mereka sebarkan dari mulut ke mulut dan SMS kepada kebanyakan penduduk di sekitar Nibong Tebal terutamanya kepada kaum wanita agar jangan pergi ke program ceramah tersebut KONONNYA akan berlaku pergaduhan dan kekacauan semasa program tersebut. Mereka juga memburukkan penganjur program tersebut kononnya Program tersebut tiada permit polis dan yang lebih melucukan lagi mereka sebarkan yang Ceramah Umi Hafilda tersebut adalah dibatalkan.
Mereka seolah mahukan program rakan mereka sendiri gagal dan akan bertepuk tangan sekiranya tiada sambutan. Sudahlah tiada sebarang usaha untuk membantu, budaya 'cah keting' juga yang disukai oleh mereka yang tak bertanggungjawab ini! AS tak mau sentuh kes-kes lain lagi dalam cerita ni!
Oleh yang demikian, dari respon yang diterima, ramai yang membatalkan untuk pergi ke ceramah tersebut pada saat-saat akhir.
Amat menyedihkan lagi kalau beginilah sikap suka tikam dari belakang, sikap suka sabotaj sesama ahli dalam parti, sikap mengadu domba dan memburukkan pemimpin lain kot belakang, maka UMNO bukanlah makin kuat, maknanya makin lemah. AS yakin perkara sebegini masih banyak berlaku juga dibahagian-bahagian lain juga.
Macamana nak rampas kembali kerusi PArlimen Nibong Tebal dan kerusi DUN Sungai Bakap kembali ke tangan UMNO kalau beginilah mentaliti 'busuk hati' yang ada pada sesetengah pemimpin UMNO?
AS: Berkata benarlah walaupun pahit! Berubahlah sebelum anda semua diubah!
Pesanan dari AS untuk semua peringkat kepimpinan UMNO!
4 comments:
Saya setuju dgn tulisan AS. Sy yakin yang buat kerja itu adalah puak2 yg khairah nak jadi pemimpin Umno. Tak boleh cara 'bersih', kotor pun depa buat. Itulah masalah dalam Umno hari ini. Umno di bahagian lain juga berlaku tapi mungkin dalam bentuk yg lain.
Kita mintalah semua ahli Umno menolak pemimpin yg begini. Kita mesti bersatu dan kuat bagi menghadapi PRU yg akan datang tidak lama lagi.
Teruskan usaha kita selaga yg termampu, Insyaallah.
Anak Seberang,
Sdr wajib dedahkan orang ini jika benar benar dia ahli UMNO.
Kita tidak mahu ada lagi gunting dalam lipatan
Kalau Anwar kita boleh londehkan kenapa tidak dengan sibangsat ni
kebiasaan orang macam ni nak jadi kaya dengan cara mudah, ye lah senang nanti dapat projek, biasanya golongan kontraktor kelas F/D.
sya rasa org mcm nie.. ogr PKR @ PAS yang bertopeng kn UMNO.. bagi mengelirukan org2 UMNO yg setia dgn UMNO... mereka tiada cara yg lain dh untuk menarik perhatian org2 UMNO... org2 mcm nie orng2 yg munafik..
Post a Comment