Tapi adalah tak sampai 20% dari kandungan tazkirahnya itu.
Yang lelainnya, ntah apa-apa, cakap tak berfakta yang taunya mengkafirkan orang lain serta hujahan-hujahan yang dangkal sama sekali. Rujuk video di entry sebelah kanan ini.
Tazkirah saya bersandar al-Quran'AS kongsikan komen pembaca AS dalam entry AS sebelum ini!
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha berkata, tazkirah yang disampaikannya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, kelmarin adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran.Menurutnya, antara perkara disampaikannya adalah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.
Beliau seterusnya menafikan ada mengkafirkan kerajaan dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah sebelum solat sunat tarawih di masjid itu.
Pelakon filem Ali Setan dan Kepala Angin itu terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid itu, Mohd. Sani Nasib di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 11.30 pagi semalam yang mengatakan dia ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik.
"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan masih lagi di peringkat awal dan dia meminta orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci."Dalam siasatan, kita memang akan panggil siapa yang berkenaan termasuk Azmil dan beberapa individu.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan semua maklumat terperinci seperti bila dan di mana sesi merakam percakapan itu akan dilakukan. Biar pihak polis jalankan siasatan dulu," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Sani Nasib memaklumkan bahawa adiknya, Mohd. Shafie mempunyai pita rakaman kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Azmil dalam satu tazkirah di masjid berkenaan malam kelmarin.
Menurut Mohd. Sani, pita rakaman itu diserahkan oleh Mohd. Shafie kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.Menurutnya, tindakan Azmil membuat penafian adalah dianggap sebagai menutup kesalahannya.
"Selain pita rakaman itu, terdapat puluhan jemaah yang boleh dijadikan saksi berhubung kenyataan Azmil," katanya."Biarlah, dia mahu menafikan dan kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.
Banyak yang aku tak setuju dengan ustaz ni..pemikiran jumud. Kekadang boleh memecah belahkan perpaduan sesama Islam ni..Semua yang diceritakan tu mungkin adalah diri dia sendiri semasa muda-muda dulu. Cara dia ceramah dengan tuduhan melulu tanpa kupasan isi beranggapan semua orang ni sama macam yang dia pernah buat masa zaman dia jahil terpesong dulu cth-:
Yang pertama bab agungkan orang kafir. Bukan semua macam tu kat M'sia ni.
Yang kedua plak beranggapan ilmu matematik sains dan technical (cth fizik & biologi) tu bukan ilmu Allah.. dan anggapan menghafal belajar mengaji serta baca al quran je ilmu Allah.
Lagi berkenaan mempersoalkan perlembagaan Malaysia? Bersyukur kita M'sia ni yang masyarakat majmuk ada perlembagaan ni. Susah tu nak pimpin negara yang ada bangsa dan agama lain. Mana ada perlembagaan sekular kat dunia ni tercatat fasa mengenai agama. Yang ada hanyalah di Malaysia yang termaktub fasa berkenaan Islam sebagai agama rasmi. Agama bangsa lain takda pun sekatan untuk diorang amalkan. Kita bersyukur mendapat peruntukan awam untuk perkembangan agama Islam. Nak sembahyang dengan berdakwah takda sekatan. Banyak dah pindaan untuk memartabatkan agama islam contoh mahkamah syariah. Sapa ketua agama Islam kalau bukan agong kita. Salah ker kita hormat?
Bab aliran sekolah..ustaz ni macam anggap semua orang di M'sia ni sekolah mubaligh kristian cth saint joseph atau convent...aku duduk kat johor ni dulu ada 2 sesi belajar. Pagi sekolah kebangsaan pastu petang sekolah agama tahun lewat 80an. kitaorang belajat tauhid, faraid, bahasa arab muamalat munakahat guna kitab mutlakalbadrin yang susah gila nak baca. Sapa cakap melayu bodoh takda sek agama? belum lagi berceriata sek agama rakyat lagi. Sek cina ngan tamil mana ada belajar agama diorang..diorang tekankan budaya bangsa dengan pendidikan moral adalah.
ustaz ni dulu hidup berkembang zaman 70an-80an mana boleh isi ceramah dia tu samakan dengan zaman sekarang yang penekanan agama islam banyak dah berkembang..
Tak salah belajar kat Syria tp jgnlah dikutuk negara sendiri. Kat M'sia ni pun banyak ruang dan peluang untuk menuju ke jalan Allah tapi kekadang pelaksanaan manusia yang lemah ni je kurang. Mohon doa semoga bertambah baik.
Sayangilah agama, bangsa dan negara makmur kurnian Allah ni tanpa prajudis
2 comments:
Pelik2...mengapa isu murtad oleh puak dari gereja tak pulak si ostad tu nak berjihad? Byk lagi soal akidah lain yang boleh di tazkirahkan?
entah tahu rukun iman ke tidak
Post a Comment