Bapa kepada penyanyi To’ki, Mansor Ahmad, 63, menafikan dakwaan Pas kononnya dia memiliki dua kad pengenalan yang membolehkannya mengundi dua kali dalam satu pilihan raya dan dua kali dalam mesyuarat UMNO.
Mansor berkata, dia tinggal di alamat 21, Kampung Paya Nongmi, Mukim Sungai Laka, bersama isterinya, Azizah Zakaria, 59, sejak lebih 50 tahun lalu.
“Saya sudah mendaftar sebagai ahli Umno sejak zaman ‘kapal layar’ lagi, sampai sekarang tidak pernah berubah.
“Saya rasa tidak puas hati apabila ada pihak membuat dakwaan seperti ini, saya harap pada masa akan datang, perkara sama tidak berulang,” katanya semalam.
Mansor, seorang pesara, dahulunya pernah bekerja sebagai pemandu bas selain pernah membuka kedai makan di sini, mempunyai tujuh anak, dua daripada perempuan dan lima lelaki, serta 24 cucu.
Sementara itu, seorang lagi Mansor Ahmad, 63, yang menetap di rumah beralamat 230, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, dekat sini turut menyatakan kekesalan terhadap dakwaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.
“Mereka mendakwa saya mempunyai dua kad pengenalan, ini adalah fitnah dan jika benar saya sudah melanggar undang-undang negara.
“Tindakan Pas ini menunjukkan seolah-olah mereka hanya tahu mencari salah orang tanpa menyelidik dan saya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini,” katanya.
Mansor, seorang peneroka Felda berkata, dia sudah menetap di rumah berkenaan bersama isterinya, Siti Mariam Othman, 57, sejak lebih 30 tahun lalu.-SH-
5 comments:
kepada pencacai pas yg hanya tau menuduh tanpa usul periksa,,,tuduh org sesedap rasa jer,,,tolong baca bi,,,PAS PUKIMAK !!!!
elok kamu mAsuk dlm PUKIMAK KAMU BaLIK!!! PAS PUKIMAK KAMU RABAK!!!
Ada fhm?
Kepada bapa penyanyi To’ki, Mansor Ahmad... saman je setan2 sangap undi ni. Biar mereka jilat balik ludah mereka tu depan rakyat Malaysia nnt....
fitnah merupakan makanan ruji pemimpin2 & pencacai2 pas. mrk selalunya tidak meyiasat habis2an terlebih dahulu. begitu juga dgn ayat2 AlQuran yg selalu mrk ambil2 sekerat2 demi kelangsungan politik murahan pas...jawabla segala penipuan pas nnt di depan Allah SWT
Rileks la bro... Klu betul pun org tu salah... Apehal lq yg ko sampai nk mencarut? Suci & maksum sgt kah parti politik kamu sampai mencarut2 mrhkn org lain... Rileks bro,tenang n fikirkn semua kata2 yg dihamparkan... Bahasa menunjukkan bangsa, bahasa menunjukan peribadi...,
Rileks la bro... Klu betul pun org tu salah... Apehal lq yg ko sampai nk mencarut? Suci & maksum sgt kah parti politik kamu sampai mencarut2 mrhkn org lain... Rileks bro,tenang n fikirkn semua kata2 yg dihamparkan... Bahasa menunjukkan bangsa, bahasa menunjukan peribadi...,
Post a Comment