Best! Indon Pun Boleh Kaya Napa Kita Asyik Salahkan Kerajaan?


Cerita ni diambil dari buku Menjejaki Jutawan Senyap hasil tulisan Dr. Rusly bin Abdullah...

Baca pun baca jugak, dan jangan lupa ambil pengajaran!

Sambil bercerita beliau berseloroh,

"Orang lain datang ke Malaysia sebagai turis, datangnya naik pesawat... turunnya kaki dulu... Pak!"

"Tapi saya sebagai pendatang haram, datangnya naik perahu... turunnya kepala dulu... Pak!"

"Bapak tahu? Perahu yang membawa pendatang enggak pernah rapat ke daratan. Selalu sampainya waktu subuh. Juragannya melihat-lihat dari jauh. Sekira-kira sudah kelihatan pohon kelapa kami didorong ke laut Pak!... Aduh berenang Pak. Sampai di daratan kedinginan! Pasrah saja Pak... Siapa saja yang datang mengambil saya, akan saya ikut".

Dengan nada pilu Diyono meneruskan cerita,

"Mulanya saya bekerja sebagai kuli di ladang kelapa sawit di Perak, Pak! Sesudah satu tahun bekerja...gajinya masih tidak dibayar, akhirnya saya boyongan ke Kuala Lumpur dengan beberapa orang teman".

Cerita Diyono lagi,

"Selepas tertipu oleh kontraktor ladang kelapa sawit...saya hampir putus asa Pak! Tapi mengingat ibu saya di desa yang telah menjual sawahnya untuk mengongkosi saya ke Malaysia, saya jadi penasaran. Tapi penasaran saya positif Pak! Saya bersumpah enggak akan pulang ke Jawa kecuali saya sudah bisa membeli sawah baru dan rumah baru untuk ibu saya".

Bicaranya makin lantang dan bersemangat, sinar matanya jernih dan tajam,

"Hampir sebulan saya mundar-mandir di Kuala Lumpur, Pak! Mahu bekerja takut tertipu lagi. Pokoknya saya enggak mahu buru buru, mahu "rileks" dulu kata orang Malaysia, sebelum memutuskan untuk bikin apa seterusnya".

Dengan nada bersemangat beliau kemudiannya menyambung cerita,

"Waktu mundar-mandir di Kuala Lumpur itu saya perhatikan tiga perkara Pak!"

1. Pertama: "Setiap orang yang bergerak (berjalan) di KL ini ada wang di sakunya. Cuma bedanya ada yang bawa sedikit dan ada yang bawa banyak. Pokoknya setiap orang bawa wang".

2. Kedua:
"Barang yang harganya RM1.00 kalau di KL ini sudah tidak ditawar orang lagi Pak. Pokoknya asal sesuatu barang itu berharga RM1.00 sudah dikira sangat murah - setiap orang termasuk anak kecil bisa membelinya".

3. Ketiga:
"Bawa apa pun ke KL pokoknya bisa menerangkan kegunaannya, akan ada yang membeli. Betul enggak Pak?"

Diyono berhujah dengan penuh yakin.

"Nah... Dari pemerhatian saya itu, sesiapa pun yang bisa memproduksi barang, dijual dengan harga 50sen atau RM1.00 akan laris dan dapat hasil yang lumayan Pak!"

Saya hanya mengangguk-angguk dan semakin berminat mendengar ceritanya.

"Jadi saya bikin air soya dan cendol merah saja Pak... Kerana saya taunya cuma bikin dua barang itu!"

"Ooh!... Di mana kamu berniaga?" saya ingin tahu lagi.

"Mula-mula saya menumpang berniaga waktu sore di sebuah warung di Kampung Baru Pak. Jualan hari pertama enggak habis, tapi dapatnya kok RM100, saya semakin yakin lantas warung jualan air saya tambah dari satu jadi dua, dua jadi tiga. Dalam dua tahun saya sudah punya 7 warung Pak! Kesemuanya ditunggu orang gajian saya"....

Diyono menerangkan secara terperinci, riak mukanya penuh kebanggaan.

"Bapak sendiri bisa menghitung berapa wang yang saya dapat setiap bulan. Katakan, setiap satu warung saya dapat RM100 bersih sehari, kalau tujuh berapa Pak sehari? Kan RM700! Sebulan RM21,000, Pak! Lumayan enggak, Pak!"

Diyono bercerita dengan bersemangat bercampur bangga.

"Percaya enggak Pak... Berjualan air di pinggir jalan saja di Malaysia bisa pakai BMW!"

AS:Moral of the storynya di sini, Rakyat kita bila susah sikit, ramai yang menyalahkan kerajaan atas dasar kononnya kerajaan suka membebankan rakyat seperti kenaikan harga barangan dan taraf hidup yang semakin tinggi.

Tapi hakikinya ialah, orang kita tak nak merebut peluang.Pendatang asinglahlah yang nampak dan rebut peluang tersebut. Orang kita melihat tapi tidak nampak!

6 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan rencana ni. Selalunya orang yg berjaya dan bertahan adalah orang yg pernah gagal. Tapi tak semestinya orang yg berjaya kena gagal dulu. Sy selalu ingatkan anak2 tentang 3 perkara. Sy strict dgn anak2 tentang 3 perkara ni (klu siapa2 nak cuba, silalah)...

1. Pilih perkara yg mudah tapi buat yg terbaik.
2. Kalau buat sesuatu perkara mesti kena habiskan.
3. Kalau tak usaha, jangan harap tuhan nak tolong.

Anonymous said...

betul la tu, orang kita tengok tapi Indon melihat...sebab tu mereka tak buta...ini tidak segala kemudahan yang kerajaan sediakan tidak diambil peluangnya...last sekali macam kata saudara...orang lain yang rebut peluang...baik duduk duduk kedai mamak tenguk bola lagi best...buat apa nak kejar benda macam tu...lepas tu salahkan kerajaan kerana harga barang naik...ENTAH LAH ME. LAYU

Anonymous said...

Memang keadaan nya macam nie.
Untok hidup....
Selalu nya orang tempatan akan mengambil mudah jika di bandingkan dengan orang yang mendatang. Akan tetapi jika orang tempatan yang ambil jalan mudah..dan jika mereka berada di tempat lain ( negara lain) ....pasti fikiran mereka tidak sama...kerana nak hidup.

Unknown said...

Apa yang dapat kita katakan...ibarat kata pepatah ludah ke langit timpa atas batang hidung sendiri.
Org kita dimanjakan..peluang kerja di Msia terbentang luas..mau atau tidak mahu saja. Bila nganggur, kerajaan dipersalahkan. Melanjutkan pelajaran ke kolej/U pilih bidang kursus yg mudah2 aje. Supaya senang lulus tapi masa depannya agak gelap. Keputusan SPM bukan tak baik, tapi sikap org kita (Melayu) tak mahu yg susah. Bapa yg miskin anak pula dibiarkan. Anak bakal mewarisi nasib hidup keluarga yg miskin. Ibu bapa yg miskin amat sikit yg mampu beri kesedaran kpd anak2 mereka. Yg banyaknya anak2 yg keciciran dlm pelajaran adalah anak2 dari keluarga miskin. Bukan kerajaan pusat tak bantu. Pelbagai bantuan kerajaan berikan, drp KWAPM hinggalah bantuan Jabatan Kebajikan. Tapi ibu bapa tak ambil kisah pasal anak nak sekolah. Sepatutnya emak bapa yg miskin ini ambil peluang tapi rupa2nya motivasi mereka begitu rendah, kesedaran mereka tidak ada. Anak ikut bapa atau bapa pun ikut anak. Sama saja. Ini yg banyak ada di kampung2. Golongan ini juga yg akan benci kerajaan. Puak2 inilah yg disukai pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Anonymous said...

betul..
perasan tak sikap mat indon tu? dia BERUSAHA utk cari rezeki halal. kerja smp malam utk cari rezeki. maka tidak hairan jika dia dapat income yg byk.
org2 kita? bukan sahaja malas berusaha dan kerap curi tulang, dah dapat gaji tetap setiap bulan, masih complaint itu ini. kuat MC pulak..berlagak pulak, tak ikut kemampuan sendiri..camne nak kaya? pastu nak kaya cepat, ambik rasuah, buat benda2 tak berfaedah..so salahkan diri sendiri. jgn salahkan org lain atau kerajaan...

hangkedee said...

Kes Tipu Mc 21 hari puak mana eekk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...