Buat Segera! Tunggu hamPAS, terlePAS..

AS AMAT BERSETUJU DENGAN CADANGAN FUAD ZARKASHI INI.
ISU INI SUDAH MENJADI POLEMIK DALAM MASYARAKAT KITA.
JIKA TAK DITANGANI DENGAN BAIK DAN BERKESAN, AS RISAU SESUATU PERKARA YANG BURUK BAKAL BERLAKU DI NEGARA KITA.

LEPAS NI, DIDOAKAN AKTA JENAYAH AKIDAH INI DAPAT DILAKSANAKAN DAN SETERUSNYA DAPAT MENJAMIN AGAR USAHA UNTUK MEMURTADKAN ORANG ISLAM TAKKAN BERLAKU LAGI.
PUAK-PUAK PENDAKWAH KRISTIAN SURE AKAN FIKIR PANJANG SEBELUM NAK 'BERDAKWAH' KEPADA ORANG ISLAM LEPAS NI.

JIKA MEREKA DEGIL JUA, PASTIKAN AKTA ITU MENGANDUNGI HUKUMAN YANG BERAT UNTUK DIHUKUM KEPADA SESIAPA YANG BERANI BERUSAHA UNTUK MEMURTADKAN ORANG ISLAM.
KALAU NAK HARAP PAS, DI KLATE DAH PERINTAH LEBIH 20 TAHUN, SATU HABUK APA PUN TAK BUAT UNTUK UNDANG-UNDANG ISLAM.
TENGOKLAH DALAM ISU NI, NAK BUKA MULUT UNTUK TEGUR KRISTIAN PUN TAKUT KENA JERKAH DENGAN DAP..
PAS MEMANG HAMPAS LA..

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad ZarkaKshi menyarankan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentangkan di Parlimen bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

Beliau berkata, akta itu diperlukan untuk membendung gejala murtad, malah usaha memesongkan akidah orang Islam itu seolah-olah bukan rahsia lagi.

“Sebab itu, saya dari dulu lagi mencadangkan supaya diwujudkan atau kalau boleh Akta Jenayah Akidah ini dibawa ke Parlimen untuk memastikan tidak ada usaha memurtadkan orang Islam di negara kita.

“Ini bagi menjamin gejala ini tidak berleluasa sebab sekarang ini sudah menjadi ‘open secret’ (rahsia terbuka),” katanya.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan tentang kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa lebih 230,000 umat Islam masuk Kristian pada 2008.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, isu murtad ini tidak hanya terletak di bahu kerajaan untuk mewujudkan akta baru atau memperkemas akta sedia, tetapi permasala-han itu turut melibatkan banyak pihak termasuk badan dakwah.

Menurutnya, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Negara yang dengan jelas menyatakan orang bukan Islam tidak boleh mendakwahkan ajaran mereka kepada orang Islam.

“Dalam kata lain, orang bukan Islam mesti mematuhi Perlembagaan ini, mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan akidah orang Islam,” katanya.

Mohd Puad turut menyatakan, mana-mana pihak tidak boleh berselindung dengan menggunakan kebajikan atau sebarang bentuk bantuan untuk memancing orang Islam menukar agama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...