Sohih! DUMC Adalah Sebuah Gereja Haram!!


Satu demi satu tembelang pecah, hingga menyebabkan ramai yang sedar, patutlah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta semua pihak 'tutup mulut'.

Terbaru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khbar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'.

Ini setelah pegawai MBPJ memaklumkan pihaknya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ.

Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu. -agendadaily

Allahuakbar.. Allah Maha besar..
Satu demi satu ditunjukkan Allah penyelewengan dan sikap pemimpin Islam yang pertahankan pemimpin kristian yang memurtadkan muslim demi sebuah undi dan secebis kuasa..

4 comments:

Anonymous said...

Utk makluman di Jalan 13/4 tu ada 2 atau 3 buah gereja ... yg bangunannya tiada salib ... adakan ini gereja 'halal' ?

Nak siasat senang je ... pagi minggu tunggu je kat Jalan 13/4 ni ... tengok org gi sembahyang kat mana ?

Ade MBPJ atau JAIS nak siasat ?

Anonymous said...

Jabatan Agama Islam negeri dan PBT,sekarang kena lebih proaktif memantau aktiviti pembinaan rumah ibadat dan juga aktiviti keagamaan,jangan biarkan org lain ambil kesempatan di atas kealpaan kita, di kala pemimpin politik kian tamakkan undi.Perkara haram boleh dihalalkan.Berpolitik ada hadnya, jangan sampai org lain memijak kepala dan agama kita kerana ketamakan dan kebodohan kita.
AGAMA perlu dijunjung dan politik dijinjing.

hangkedee said...

Hampas betul melayu Pas +PKR.

Anonymous said...

Saudara 5:52PM,

Jika saudara ada maklumat berkaitan dengan perkara yang saudara utarakan itu eloklah saudara salurkan maklumat kepada pihak berkaitan.

Maklumat dan kerjasama saudara barangkali akan memudahkan tugas penguatkuasaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...