Dapat Bantuan Baguslah. Tapi Macamana dengan piring kat bumbung tu?



Pertama sekali AS ucapkan tahniahlah kerana menerima bantuan sebanyak RM1000 dari Dr Hassan Ali bagi perniagaan jual kuih rayanya.Syukur..

Bukan niat AS nak perlekehkan kedaifan Makcik Zaliha ini,tapi apa yang AS tau sepanjang AS berurusan dengan Pusat urus Zakat Pulau Pinang hal yang selalu dititikberatkan ialah adakah rumah insan yang memohon bantuan itu mempunyai talian siaran televisyen berbayar (Astro)?

Bab bantuan rumah dari UMNO Gombak itu, mungkin mereka ada jawapannya. Ataupun masih ada proses yang belum selesai.. Jangan mudah kita salahkan orang lain. Mungkin faktor tanah yang didiami itu tanah tumpangan milik orang menyebabkan permohonan Makcik Zaliha ini sukar untuk dipertimbangkan.

Juga dengan Pusat Zakat Selangor, mungkin ada asas kukuh yang menyebabkan permohonan beliau ditolak. Tapi bagi AS, dah ada kutipan berjuta-juta ringgit tu, salurlah kepada makcik zaliha ni.

Mungkin tanda aras PZS juga berkaitan piring astro itu yang menunjukkan beliau mampu berbelanja tak kurang dari RM40 sebulan kepada perkara yang hanya kehendak. Mungkin ini satu standard kepada semua penguasa kutipan zakat di Malaysia? Siapa tahu?

Apapun AS doakan Makcik Zaliha in terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. InsyaAllah..

Berita penuh di haprakdaily

8 comments:

Anonymous said...

kekadang malu gak dgn org melayu..ckp miskin tapi astro yg tak de faedahnya blh lak bayar..kalau dah miskin tak yah le pakai astro..gunakan duit tu untok menyambung hidup...aku yg bekerja ni pun lum mampu nak pasang astro cukup tgk siaran subsidi kerajaan..tu la pas nak tunjuk baik tak kena pada tempatnya..buang piring tu dulu baru ambik gambar..baik bagi duit tu pada anak2 yatim yg lebih susah..ni la pas kluk klek...

Anonymous said...

Aku tak pernah melanggan astro sebab bukan barang perlu dan aku ketepikan kehendak yang aku kira bukan priority dalam kelangsungan hidupku.

Aku tidak meminta2 walaupun pendapatanku yang berkerja sendiri hanya mampu memenuhi keperluan asasku disamping memberikan sedikit sumbangan sedekah barang seringgit atau dua kepada yg kukira lebih memerlukan.

Adakah sumbangan orang sepertiku dan wang zakat umat Islam untuk memenuhi kehendak yang semakin banyak dizaman ini akupun keliru apakah yang dinamakan asnaf fakir dan miskin itu.

Anonymous said...

itu la dia bro.. manusia tak reti nk bezakan keperluan dan kehendak.. bila dh tersepit, merata mintak bantuan.. sampai mubaligh bg pun ada yg org kita pergi ambik..

Anonymous said...

Seorang surirumah dgn ank2 kecil 5orang (semua dibawah 10tahun) kematian suami kerana barah. Mereka sebelum kematian suami mempunyai kereta 2nd hand dah usang (bayar penuh)dan juga TV lama di rumah.

Kehidupan dia begitu terdesak. Cuba memohon dari pihak zakat dll, tetapi, juga atas alasan ada kereta dan TV, tak miskin la tu..

Akhirnya, gudang bekas majikan (kapiaq) membantu mereka. Hantar barangan untuk dipasang ke rumah dia (piece rated) dan mengutip, dgn niat untuk membantu.

Kereta nak jual, mungkin RM1K pun tak terjual.

Apakah ukuran kemiskinan/terdesak hidup hanya apabila melihat keluarga tinggal dalam pondok yang akan roboh bila2 masa datang angin kencang?

Anak 5orang, rumah sewa sekadar pendapatan RM500 sebulan, air dan api, persekolahan anak2 kecil, makan minum..tetapi kerana rumah ada TV dan ada kereta usang, tidak berhak bantuan sementara?

Siapa yang akhirnya menolong?

tahu halal haram said...

ITULAH MASALAHNYA ZAMAN SKRG NI..RAMAI SGT MENIPU SEBAB NAK DAPAT BANTUAN. TAK TERFIKIR LANGSUNG HALAL HARAM.
JADI BILA DAH JENUH DGN KES2 SEBEGITU, MAKA PIHAK BERWAJIB AKAN LEBIH STRICT. MAKA WUJUDLAH BIROKRASI. BIALA ADA YG BETUL2 TERDESAK, AKAN TERIMA AKIBATNYA.
SAMA KES LAH DGN MEMOHON BIASISWA ATAU PINJAMAN..YG KAYA DAN YG MAMPU PUN DAPAT. BETUL TAK? JADI YG BETUL2 PERLU SEMAKIN TERDESAK.

JADI TAK BOLEH SALAHKAN PIHAK BERKUASA SEPENUHNYA. YG PERLU DIPERSALAHKAN IALAH MEREKA2 YG MENIPU ITU!

Anonymous said...

ni baru satu kes, banyak kes rumah ada itu ini..dapt gak bantuan. masing-masing nak jaga politik masing-masing. tak kira la politik mana..sume sama je.

Anonymous said...

Yang pertama, kita kene bersangka baik... ada sesetengah kawasan yang mmg tak dapat siaran melalui antena biasa.... maybe sebab tue la astro diperlukan untuk mendapatkan siaran... Macam aku pun nama tempat pun dah KOTA... tapi siaran TV hampeh tak leh dapat kalau tak pakai astro...kalau tau pakai mmg tgk TV tak ada siaran la jawapnya...

Anonymous said...

aku pun xpenah nk langgan astro sbb aku rasa benda tu bukan keperluan..baik aku guna duit utk perkara yang lebih bermanfaat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...