Gempar! Sekitar 3,000 muslim guna khidmat, tinggal di gereja

“Saya anggarkan 3,000 orang atau lebih mendapatkan khidmat atau tinggal di gereja,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, di sini, semalam.

Pengalamannya menyelamatkan lapan penghidap HIV Muslim yang berlindung di gereja atau rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes) membongkar perkara sebenar di sebalik sumbangan itu.

“Walaupun kesemua mereka kemudian dipindahkan, selama setahun mereka tinggal dengan kami, banyak cerita yang dapat dikongsi.

“Malah, saya anggap cerita ini akan berterusan jika kerajaan tidak berbuat sesuatu,” katanya.

Beliau diminta mengulas 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, dekat sini, sebelum diperiksa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu.

Lapan penghidap HIV positif yang berasal dari Lembah Klang itu mendapat perlindungan di Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu sebelum mereka dipindahkan ke Rumah Al-Ijabah, dekat sini, untuk rawatan dan pemulihan.

Juhaidi pada masa sama turut meminta kerajaan supaya memberi kebenaran kepada pertubuhan kebajikan berasaskan Islam untuk mengesan Muslim yang mendapat khidmat daripada pertubuhan lain untuk dibawa ke pertubuhan mereka.-hm-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...