INFO AS: MEMBATALKAN PUASA DAN SETERUSNYA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DI SIANG HARI DI BULAN PUASA

AS kongsikan bersama dengan para pembaca blog AS sekalian. Diharapkan dapat ilmu yang bermanfaat untuk kita semua :)

Membatalkan Puasa Dan Seterusnya Melakukan Hubungan Seks Di siang Hari Di bulan Puasa
.

Soalan
1. Apakah hukumnya membatalkan puasa dan seterusnya melakukan hubungan seks di siang hari di bulan puasa? Adakah perlu membayar denda walaupun telah terlebih dahulu membatalkan puasa?

2. Adakah puasa 6 boleh dilakukan berselang selang atau perlu dilakukan berturut turut?


Jawapan


1. Hukum membatalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah berdosa besar dan wajib mengqadhakkannya.

2. Melakukan hubungan seks dalam keadaan berpuasa membatalkan puasa dan wajib membayar kaffarah.

3. Sekiranya melakukan hubungan seks setelah membatalkan puasa, wajib mengqadhakkan puasa tersebut dan tidak perlu membayar kaffarah. Walau bagaimanapun, sekiranya pembatalan puasa sebelumnya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak, perbuatan tersebut masih dalam kategori dosa besar.

4. Puasa enam pada bulan Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau secara berselang-selang.


Hukum Berjimak Di Waktu Imsak


Soalan


Apakah hukumnya bersetubuh di dalam waktu imsak.??

Jawapan


Waktu Imsak adalah lebih kurang 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh. Oleh itu, melakukan jimak pada waktu tersebut tidak menyebabkan puasa anda terbatal dan anda juga tidak dikenakan kifarah puasa. Hal ini disebabkan oleh waktu Subuh yang masih belum masuk lagi. puasa hanya bermula dari terbitnya Fajar Saddiq (masuknya waktu solat Subuh) dan berakhir apabila terbenamnya matahari (masuknya waktu solat Maghrib). Wallahu 'Alam.

Wasallam.

2 comments:

Sudir said...

Ada pengalaman ker AS??

Unknown said...

Takdalah Sdr Sudir..
Alhamdulillah masih mampu menahan :)
Hanya Sekadar Info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...