Masjid ini juga sekarang dalam peringkat akhir naik taraf sehingga menjadi 2 tingkat hasil usaha kerajaan namun malangnya pemberian madu ini akhirnya dibalas dengan racun. Takpelah, itu memang kita tau puak hamPAS memang jenis tak bersyukur dan mengenang budi.
AS sekadar nak berkongsi cerita. Hari Jumaat baru ni,saudara terdekat AS telah menunaikan solat jumaat di masjid ini atau lebih dikenali sbagai masjid PAS. Amat menjengkelkan sekali, dalam khutbah si khatib dungu mengeluarkan sebuah kisah pada zaman nabi muhammad.
Dia kata masa tu syaitan pergi menemui nabi,tapi nabi kata dia tak takut kat syaitan.
Nabi lebih takut kpd pemimpin yang zalim. Kemudiannya khatib tu bertanya pulak pada jemaah,siapa pemimpin yg zalim?
Maka majority jemaah yang ada di dalam masjid tu pun pakat-pakat la berteriak dengan berkata NAJIB dengan kuat sekali! AS memang dah tau, setiap kuliah atau khutbah pasti ada selit bab memfitnah pemimpin atau bab politik. Tapi bagi AS ni dah melampau! Dan yang paling menghairankan,apa zalimnya najib?
Satu bab lagi, kita dapat lihat siapa yang berkata-kata semasa sedang mendengar khutbah Jumaat maka boleh kitasimpulkan bagawa Solat Jumaat mereka pada hari itu semuanya SIA-SIA! Kesiankan?
Puasa pula lapar dan dahaga kerana memfitnah secara terang-terangan. Zalim lah sangat sebab masjid mereka dari setingkat jadi 2 tingkat!
AS bawakan kepada makmum yang ada di masjid Batu pada 12 Ramadhan yang lalu jika ada harap dapat renungi:
Daripada Abi Hurairah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa berkata ia pada hari Jumaat dan imam berkhutbah diam engkau, maka sesungguhnya lagha ia.”
Dari hadith ini, maka menurut mazhab Syafie berkata-kata ketika berkhutbah adalah haram atau makhruh.
Wallahualam...
4 comments:
parti ajaran setan ni dah tak heran dlm rumah Allah ke, apa ke.
janji boleh maki hamun fitnah!
salaam,
saya merupakan anak qaryah masjid batu kecewa dgn tuduhan yg dilemparkan anak seberang. sehingga sekarang, tak pernah saya dengar jemaah bercakap apatah lagi bertempik ketika khutbah jumaat di masjid batu. saya rasa elok saudara A.S check balik dgn saudara terdekat A.S itu adakah perkara itu betul2 berlaku atau sengaja direka2. Saya bersolat jumaat pada hari tersebut & khatib membawa hadith ini: daripada Abu Zar dengan sanad yang baik.: “La ana min ghairid dajjal Akhwafu ‘alaikum minad dajjal. Faqiil: Wa ma zalika? Faqala: Minal a immatil mudhilliin. Maksudnya Benar-benar saya lebih takut menimpa kamu daripada Dajal. Sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Ia adalah kalangan pemimpin yang menyesatkan.
Saya menafikan adanya jemaah yg bercakap ketika itu.
kedua: untuk makluman A.S, pembangunan bangunan tambahan masjid adalah hasil sumbangan jemaah masjid SEMATA_MATA yang mencecah RM900K.masjid tidak menerima sumbangan kerajaan utk pembangunan tersebut. Harap maklum & harap fakta A.S diperbetulkan.
quote; 'naik taraf sehingga menjadi 2 tingkat hasil usaha kerajaan'
Itu tidak benar, ia dari wakaf orang ramai.
Pengalaman saya di masjid itu.. baik penuh dengan peluang untuk menimba ilmu.Tetapi perangai jemaahnya banyak yang tak berubah seiring dengan ilmu yang diperolehi. Kalau yang berkereta tu dalam musim hujan ni tak mau mengalah dengan yang bermotosikal. DEPA SUMBAT KETA DEPA bawah shade yang ada di belakang masjid itu,lagi rapat dengan masjid kalau boleh. Orang bermotor terpaksa kuyup di bawah hujan. Ada AJK masjid itu gaya dia tak macam orang masjid langsung. Pakai pentelon dan T-shirt memanjang. Masuk masjidpun terhendap-hendap dan belah awalpun terhendap-hendap. Tapi kadang-kadang main wayang - tayang diri tempat-tempat tertentu nak tunjuk "aku ada datang". Dengar cite diatu cikgu. Patutlah bawak perangai cikgu yang biasa kita lihat suka tunjuk diri, macam memantau keadaan.
HAHAHA... ko nak kencing org luar yg x duduk sekitar masjid batu blh la...org luar bkn tau ape2 pasal masjid batu..huhu..takot sikit la wei dosa fitnah..masjid ni 100% duit rakyat..x guna 1 sen duit kerajaan..huhu.. ko ckp time khutbah jemaat mnjerit??haha..cukup2 la nk fitnah..jemaah masjid batu x jahil mcm ko..ktorg tau hukum bercakap time khutbah..huhu..org umno mmg suke fitnah an..
Post a Comment