Kepalahotak! Nak Bebas Agama Macamana Lagi?

Kajian barat ni semua tak boleh pakai! AS yakin, kajian yang dilakukan sudah pasti bersumberkan dari golongan macam si Ambiga dan SUARAM! Kalau tidak, takkanlah keluar laporan yang agak negatif sebegini!

AS juga fikir, kajian yang dibuat barat memang hanya nak untungkan agama mereka saja!
Bagi depa tak bebas la katanya sampai berlambak rumah-rumah ibadat non-muslim dan bebas buat apa sahaja perarakan di jalanraya atau mana-mana sahaja semasa perayaan mereka di negara yang majoritinya adalah orang muslim!

Kita kena tau! Malaysia ada raya krismas, raya cina, depavali, taipusam, raya puasa, raya haji dll raya yg di sambut oleh pelbagai agama, dan raya-raya nih di sambut dengan aman damai. Nak bina tokong, kuil, gereja, wat siam sebesar alam seperti di Klate tadak sapa pun nak larang selagi mengikut peraturan, nak bebas macamana lagi?

cuma yg tak bebasnya tak boleh sebar agama kpd umat Islam di Malaysia..tu yg diorg kata tak bebas. Takkan sampai tu pun nak dibebaskan macam kes 'buka puasa' di gereja tempohari!


Lastly, Mkini celaka ni bab-bab cerita propaganda ni memang cukup depa suka lah! Mkini nak tunjukkan dan hasut kepada readers mereka yang majority non muslim supaya bencikan kerajaan melalui berita ini. Takkan tak kenai Mkini kot?
Kajian: Malaysia antara negara sekat kebebasan agama

Untuk pertama kalinya, Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang mengenakan sekatan ke atas kebebasan agama yang berbeza.

Menurut kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada di kumpulan yang sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.

Berdasarkan kajian selama tiga tahun di 198 buah negara dari tahun 2006, Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati bahawa Malaysia adalah negara kelima yang merakamkan peningkatan ketara yang mendadak dalam mengenakan sekatan kebebasan beragama.

Menurut pusat itu, sekatan di seluruh dunia terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 dan 2009 di 23 buah negara, termasuk di Malaysia dan Mesir.

Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.-Mkini

1 comment:

Anonymous said...

Elok diselidik sumber pihak berkenaan mendapat informasi yang salah itu. Kalau dah keadaan sekarang dikatakan tiada kebebasan beragama... dicadangkan tarik terus kebebasan yang ada sekarang. SITA SEMUA GEREJA,TOKONG ATAU SEMUA RUMAH PENYEMBAHAN BERHALA BATU ATAU KAYU...YANG TINGGAL HANYA MASJID DAN SURAU. MUNGKIN ITU YANG PUAK PUAK PENYEMBAH BATU / KAYU HENDAK...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...