Lagi Contoh Kerajaan Kebajikan hamPAS! Naikkan Sewa Stadium di Klate!


Ini satu lagi contoh kerajaan berkebajikan negeri Kelate. Dikala peminat dan penyokong bolasepak Kelantan sekarang mencapai ke tahap yang amat membanggakan, maka puak-puak ni pun tak lepaskan peluang dengan ambil kesempatan dengan menaikkan kadar sewa stadium untuk mengaut keuntungan. Bukannya nak membantu, malahan lagi membebankan. Kebajikanlah Sangat!!
PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus

KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

Cadangan menaikkan kadar sewa baru itu diputuskan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dalam mesyuarat Ahli Majlis 3 Ogos lalu dan surat makluman mengenai perkara itu difaksimilikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11 Ogos lalu.
Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail menganggap jumlah kadar sewa baru yang dikenakan itu wajar dikaji semula oleh PSK kerana ia menambah beban kewangan kepada persatuan bola sepak negeri.
“Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium itu sebanyak RM1,200 yang dikenakan PSK sekarang berbanding RM650 sebelum ini kepada KAFA.

“Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru kerana ia dianggap membebankan kewangan persatuan itu, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan The Red Warriors menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Rosmadi berkata, berdasarkan kandungan surat itu, Ahli Majlis PSK membuat keputusan menaikkan kadar baru sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah di stadium berkenaan.



2 comments:

Anonymous said...

ala RM1200 tu x mahal la..try p tanya harga Stadium Bandaraya, Pulau Pinang bawah seliaan LGE & sahabat handai, rasa-rasa lebih mahai 3-4 kali ganda kot dari Kelantan..

wob said...

benda begini sengaja dipolitikkan. rata2 stadium lain di seluruh M'sia dikenakan sewa RM2 ribu ke atas untuk perlawanan bola sepak... kenapa wakil KAFA tidak membantah ketika mesyuarat tersebut? duit sewa itupn akan disalurkan kepada negeri kelantan sendiri yg dianaktirikan oleh BN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...