Pendedahan Harussani: Pernah Syor Pada Tun Mahathir supaya ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’!

Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun jelas Mufti Perak ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

2 comments:

jo said...

Nasib baik Dr. Mahathir seorang yg. ada vision...kalu tak di Pecat habis negara...

Anonymous said...

betul tu. kalau tak habis tergadai satu negara. simpati dengan penyokong anwar asyik kene tipu je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...