Manjeet: Peguambela Anwar & Suspek Pembunuh Sosilawati. Apa Kaitannya?

Peguam bela suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, iaitu Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan didakwa sentiasa cuba memburukkan imej institusi kerajaan demi kepentingan politik pembangkang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini kerana Manjeet yang juga peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pemimpin pembangkang itu kini semakin terikut-ikut dengan rentak pembangkang dalam membuat fitnah terhadap institusi seperti polis dan mahkamah.

"Manjeet ini merupakan senjata Anwar dalam melancarkan serangan maksimum ke atas institusi awam seperti mahkamah dan polis supaya kedua-dua entiti ini dibenci rakyat.

"Selain itu, taktik kotor Anwar yang digerakkan melalui Manjeet juga bertujuan menunjukkan institusi-institusi awam itu kononnya kini berada di bawah telunjuk Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Manjeet Singh yang beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas pihak pendakwaan kes pembunuhan tersebut.

Selain itu Manjeet yang juga berada dalam barisan pembelaan Anwar dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut melakukan permintaan-permintaan yang cuba menunjukkan kelemahan institusi tertentu di dalam negara.

2 comments:

Abu Garcia said...

Antara kerjaya yang paling hina di dunia adalah peguambela .... kerana wang sanggup mengorbankan apa saja.

Anonymous said...

Bengali ni patut bunuh je. Ayuh Melayu mari berjihad dibulan Ramadan gunakan parang panjang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...