PRU13: Pertandingan 3 Penjuru (UMNO,PKR & PAS) Di Permatang Pauh?

Perkara ini bukan baru didendangkan. AS sendiri seringkali mendengar dari rakan-rakan AS dari pakatan di sekitar Seberang Perai. Sahabat Pisau menguatkan lagi dakwaan/spekulasi ini hasil dari perbualan beliau dengan rakan-rakan PAS beliau.

Khabarnya jika Anwar didapati bersalah dan masuk penjara sekalipun, spekulasi bertiup kencang yang mana waris kuat Anwar iaitu Nurul Izzzah dijangka akan meneruskan legasi Anwar di Permatang Pauh dengan bertanding di situ memandangkan rakyat di Lembah Pantai makin muak dengan sikap Izzah!


Jika Izzah bertanding sekali lagi sekalipun di Parlimen Lembah Pantai, harapan untuk menang semakin tipis.
Beranikah PAS berkeras menuntut kerusi Permatang Pauh ini? Atau hanya sekadar berani cakap belakang sahaja!

Kemarin lepas terawikh singgah kejap di port biasa ,kawan kawan dari PAS ada jugak budak PKR ramai,lepak sembang sambil pekena kopi.Macam macam cerita timbul.Isu murtad,isu larangan azan.Seperti biasa masing masing berhujah dah jadi serupa parlimen kedai kopi.

Yang menarik perhatian Pisau apabila kawan PAS si Az dah mula bercakap mengenai kes Anwar,katanya "Pak Shaikh dah memang tak boleh diselamatkan,Isu liwat dia dengan budak Saiful tu mesti lekat,nak buat macam mana bukti berlambak" . "Cuba hang tengok lepas pilihanraya ,Biasalah bila dah jadi ahli parlimen Pak Shaikh tak ada pula turun tengok tengok rakyat,hangat sat sekadar majlis cap ayam saja ada la,lepas tu turun tapak ekspo pakat pi dengaq cerita ulangan,dah naik muak"

"Man Chot(TKM1, Mansor Othman) macam biasa dok syok sendiri ,dia tak tau orang makin dok meluat kat dia"
"Kami kat PAS Kawasan dah banyak kali sebut,esok ni Anwar sangkut dalam jail ,kami nak balik kawasan parlimen Permatang Pauh" "Matang pauh ni dulu hat PAS punya,kalau hangpa ingat tahun 78 kawasan ni ahli parlimen dia Ustaz Zabidi,mai saja Anwar dia menang atas tiket Umno sampai la ni lekat dekat bini dia walaupun dia takdak time dok Sg Buloh"

"PAS dah banyak berkorban,la ni kita nak tengok depa mau tak berkorban untuk PAS kalau betui depa ni sayang kat perjuangan pakatan rakyat.Kita nak ambik balik kawasan Penanti dan parlimen matang pauh"

Pisau tanya Az " hang ni biaq betui,takkan PKR sanggup nak lepas macam tu saja kat PAS" kata Az " hanya tak percaya la ni jugak kita pi Seberang Jaya kita pi rumah Hj Omar Hasan,YDP PAS Permatang Pauh" "Penanti pun kita nak balik,parlimen pun kita nak balik,kita dah bagi tapi depa tak tau jaga,selama ni kita saja dok mengalah" " Kalau depa nak juga kawasan tu ,takpa lah kita lawan juga biaq 3 penjuru lawan dengan BN"

Nampaknya ura ura PAS nakkan hak mereka kembali di Permatang Pauh makin kuat,sebelum ini Pisau hanya mendengar khabar angin,memandangkan kawan Pisau ni orang kuat PAS kawasan,memang sah lah cerita dia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...