AS kongsikan print screen status FB Dato Saifuddin Abdullah yang baru diupdate sebentar tadi bagi para pembaca nilaikan kewajaran beliau menyatakan sedemikian rupa. Bagi AS, ada pro dan kontra bagi pendapat beliau.
Beliau tampak tidak bersetuju jika ada individu termasuk rakan-rakan blogger jika menggunakan hujah rusuhan di UK sebagai modal untuk menjustifikasikan mengapa perhimpunan haram Bersih harus diharamkan.
Bagaimana pendapat kalian? Walaupun secara dasarnya AS agak bersetuju dengan pendapat Saifuddin, namun ada sedikit kontra di sini.Bagi AS tak salah untuk kita beringat sebelum terjadi. Sebagaimana entry AS sebelum ini di SINI, yang berpendapat bahawa perkara ini tidak mustahil boleh berlaku seperti di UK jika ada pihak yang memulakan 'spark' atau mencetus kepada keadaan huru-hara semasa himpunan haram bersih itu berlaku.
AS sangat jelas disini bahawa matlamat dan cara himpunan di kedua-dua tempaat ini adalah berbeza. Ini bukan hujahan simplistik Dato', ini cuma pemikiran terhadap kemungkinan yang bakal berlaku jika berlaku sesuatu diluar jangka. Orang tua-tua kata, beringat sebelum kena!
No comments:
Post a Comment