Baca dan renung-renungkanlahhh....
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!....
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya... Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.. .
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung...... "
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah. Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid... Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!
kredit kpd Amaini Tayep
9 comments:
Kisah ini patut disebarluas untuk pengetahuan semua. lebih2 lagi kepada ibu bapa di ceruk desa agar memperhatikan anak2 yang merantau jauh belajar atau berkerja terhindar dari pengaruh anasir kristian yang semakin membimbangkan kini...
Alhamdulillah semuga usaha mereka akan berjaya dalam menjejaki dan mengislamkan semula mereka yang telah dimurtadkan semuga Allah melapangkan dan memudahkan perjalankan mereka dalam menjalankan dakwah. Marilah kita sebagai umat muslim bersatu dalam menangani masalah yang dihadapi sekarang khususnya menentang ancaman mereka yang cuba mencabar kesucian Islam, Lupakan idiologi politik sejenak.
Saya harap semua orang islam mengambil iktibar dari lakaran tadi. Kita ibu bapa mesti mengawasi gerak geri anak-anak kita dan juga masyarakat islam sekeliling kita.
Memang benar musuh dalam islam sendiri telah pun banyak. Marilah kita berjihad memerangi mereka-mereka yang cuba memesongi akidah kita.
Semoga dibulan Ramadan ini Allah swt memelihara keimanan kita.
Saudara,
kena faham konsep holy water, air biasa, daripada paip, kena bless dari gereja, sama saja dgn kita amik air yassin. takdenya dari vatican atau apa2 apa2 pun...tinggi sungguh imaginasi johanis ni...vatican ni, link dia dengan roman katolik sahaja, di mana, paderinya tidak boleh berkahwin, selain daripada katolik, termasuk methodis, sda dan banyak mcm lagi, boleh berkahwin dan di panggil pastor. Saya ni anak campuran, di mana ibu saya pernah menganut agama kristian katolik dan bapa saya beragama islam. saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana saya masih berada dalam Islam. tetapi, saudara jangan memesong kan hal ini, sampai kita benci dengan agama lain...saya banyak bertanya kepada keluarga saya yang bukan islam, begitu juga mereka keluarga saya yang bukan islam bertanya dengan saya mengenai agama kita. pasal di IPT ada gereja ka apa ka, cuba saudara fikir sejenak, ada persatuan untuk budak2 agama kristian. itu kan untuk kumpulan2 mereka beribadah. takdenya diorg nak sebar itu ini, sebab di hati saya ni, kebanyakan kamu org semenanjung tu la yang paling tinggi imaginasi nya dalam hal ni...saya faham, kene pertahankan agama kita, akidah umat kita, tapi jangan sebarkan kebencian kita terhadap penganut agama lain...cerita yang awak bagi ni, terlalu susah untuk saya percayai sebab bagi kami di sini, we know what is a fake story what is not...mungkin rakyat di tanah besar boleh percaya la semua ni...sedangkan di sini, agak susah bagi jemaah mubaligh untuk memberi ceramah agama untuk org islam, apa lagi di sana....di tempat org islam paling ramai...mungkin adalah 2 3 kumpulan (seperti nadeane) tapi, it is so hard to penetrate sometime...bagi pendapat saya, baik kita beramal, rajin bersedekah, membantu sesama islam, termasuk juga yang bukan islam, kerana dari situlah akan terbit rasa hati untuk mencintai agama kita. ini pendapat saya, bukan pendapat anda...
pengajarannya: suburkanlah hati & akal kita, isteri & anak2 dgn Ilmu agama Islam dlm kehidupan seharian.
jgn campur adukkan yg hak & yg bathil, yg halal & yg haram, harus & makruh. ini asasnya yg gagal dihayati sebahagian besar ummat Islam.
sedihnya, anak2 muda melayu Islam ada yg tidak tahu mengaji AlQuran, bersolat & tidak fasih perkara2 asas fardhu ain & kifayah walaupun dah keluar U, dah berumahtangga, menjadi seorang suami & bapa! mrk sentiasa mengelak mengunjungi masjid & surau & mendalami agama mrk sendiri.
di zaman persekolahan mrk mengelak utk berbincang tentang agama sendiri tp lebih gemar berbincang tentang hal2 hiburan semata. jika orang2 kristian giat mengajarkan anak2 mrk tentang ajaran Injil, orang2 Melayu ramai yg hanya ajar anak2 hormatkan AlQuran, letakkan ditempat tertinggi dlm/atas lemari, jgn langkah alQuran, jgn main2kan ayat suci AlQuran tetapi tidak mengajar anak2 membaca & memahami AlQuran.
Bahkan ada segolongan ibubapa sendiri tidak pandai baca & faham terjemahan, tafsir serta pengajaran dari AlQuran, hadis & sejarah Islam itu sendiri...bila anak2 bertanya, terkial2 mrk nak terangkan tp ada yg terus menyuruh "tanya ustaz kamulah"!
bagi yg mengajar & terus belajar, anda tidak rugi krn ilmu yg anda belajar & dipelajari dari anda adalah bekal & jariah yg berpanjangan, menjadi jambatan dari dunia ke akhirat, InsyaAllah.
mungkin kita tidak pandai berdakwah @ berceramah kpd orang lain tp biarlah sekurang2nya kita boleh mengajar anak2 sendiri perkara2 asas yg wajib supaya mrk dapat jadikan landasan dlm hidup & seterusnya mrk dapat mendalaminya sendiri bila dewasa. moga allah berkati seluruh hidup kita dgn amalan kita yg betul..InsyaAllah..
cerita ni seolah2 rekaan. bab holy water tu yang jelas memang mengarut. ramai org kristian yang masuk Islam esp paderi yang dah bergelen minum holy water tu. x der apa2 pun. Mereka pun faham apa tu holy water jadi eloklah jangan lagi sembang bab holy water tu kalo x faham dan hanya mendengar cerita2 karut org.
mintak maaf la Tuan yang empunya cerita. Saya rasa kisah ini mungkin ada asasnya tetapi telah di tokok tambah. Paling ketara bab Holy water dan air kolah Masjid. APa susah susah ambik Holy Water kat Vatican City kalau mereka boleh pergi ke empangan atau tangki air utama - terus jampi air kat sana habis satu negeri kena terminum Holy water.
Mungkin penulis niat baik nak berdakwah tetapi bab air Kolah masjid itu pun rasanya tidaklah betul. Nak cakap lebih lebih pulak pasal air kolah masjid karang orang kata saya Wahabi pulak.
astaga. kenapa kamu orang suka sebarkan agama di internet???? terus terang saya paling anti agama kalau di publish di internet.johanis saya nak cakap awak beberapa perkara ya. 1. agama christian apa yang kamu pegang dulu sebelum ini??????
2. pastinya christian roman catolik kan sebab wak cakap holy water?, paderi?
3. jika kamu banyak belajar agama christian pastinya kamu tahu kan paderi tidak boleh kahwin so kenapa bapa wak boleh berkahwin?
melainkan christian yang lain.
4. UPM ada gereja saya tidak heran bukan Masjid sahaja yg ada di mana2 universiti. jika encik johanis ini tahu sedikit sebanyak pastinya berfikiran terbuka bukanya kolot seperti ini. dan encik juga suda salah menggunaka internet, jika wak nak di pandang baik la tuturkatanya dan jangan putarbelitkan fakta.. sedikit sebanyak saya setuju apa yang di katakan oleh dengan fatlady. atau kau sebenarnya kamu bukan christian terdahulu????
sepatutnya ini encik guna pakai sewaktu memberi ceramah kpd org jika eyanya benar tetapi kenapa sebarkan di internet dan muka awak tak nampak tidak nampak kebenarannya????? saya bukan mara tetapi ini pendapat saya dan yg benar saya pelajari dari agama saya. dan betul apa persoalan encik terhadap cigu itu.. kenapa islam tidak henti hentinya berperang dan kenyataan yg encik buat adala perang mental sama maksudnya encik masi dalam delima memilih agama..
terima kasih membuat kenyataan ini.
Kesiannya kamu...Buat cerita pun tak kaji dahulu...Paderi Mana boleh berkahwin...bermakna dia tak ada anak pun...tiba2 pula ada anak paderi masuk islam...Good Work..:)...Semoga Tuhan Memberkati Dan Mengampuni Kalian yg membuat cerita ini...:)
Post a Comment