Bersolek perlu dielakkan oleh kaum wanita ketika ramadan.
Majlis fatwa Dubai mengeluarkan fatwa khas untuk golongan wanita yang berpuasa. Dalam fatwa tersebut dinyatakan segala bentuk lotion atau krim sapu kulit bagi merawat dan mencantikkan atau apa-apa saja tidak dilarang dan tidak memberikan kesan terhadap puasa walaupun krim itu di serap oleh kulit masuk kle dalam. Krim yang mempunyai berbagai perisa seperti buahan dan sebagainya juga tidak membatalkan puasa.
Walau bagaimanapun kaum wanita hendaklah menghindarkan diri mereka dari solekan sehingga menimbulkan kegebuan rupa paras mereka dan seterusnya mampu menaikkan keinginan berahi orang yang melihat mereka. Ini akan menggangu ramai lagi orang lain yang sedang berpuasa.
Dengan menghentikan solekan yang mengiurkan ketika bulan ramada , kaum wanita sebenarnya menunjukkan penghormatan mereka terhadap bulan puasa dan juga orang ramai terutamanya kaum lelaki yang sedang berpuasa. sumber
No comments:
Post a Comment