Silap 'Key In' Adalah Perkara Lumrah Bagi Semua Manusia


AS masih boleh menerima kesalahan seperti ini. Orang lain tak taulah kan?
Tapi diharap SPR jangan duk buat kerap-kerap 'silly mistake' seperti ini. Adalah tidak logik jika SPR ingin menipu, takkanlah nak letakkan nama 'Kg Baru'. Akai ada ka??

Adalah suatu yang logik jika dari jutaan data pengundi yang 'dikey-in', kesilapan manusia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Cubalah belajar bersikap terbuka sikit. Janganlah asyik mencari silap orang lain sedangkan diri kita pun belum tentu sempurna.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan kewujudan nama 'Kg Baru' sebagai pengundi berdaftar berpunca daripada kesilapan semasa pendataan Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih).

"Kesilapan itu berlaku semasa pengisian maklumat dalam ruangan nama pada sistem pendaftaran yang menyebabkan nama 'Kg Baru' telah didaftarkan sebagai nama kepada pemohon," kata SPR dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, SPR telah mengambil tindakan serta-merta dan membuat pembetulan kepada maklumat pengundi iaitu nama pengundi itu selepas memyedari kesilapan tersebut, kata kenyataan tersebut.

SPR mengulas laporan media hari ini yang memetik Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat bahawa perkara itu dikesan dalam Daftar Pemilih SPR.

Suhaizan antara lain dilapor berkata pemilih bernama 'Kg Baru' itu memiliki nombor kad pengenalan individu bernama Noraini Binti Abdullah.

Mengenai pengundi hantu 'Farhana Abdul Rashid' yang didakwa Suhaizan, SPR berkata nama itu wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Melalui 'Agency Link-up System) (ALIS) dengan JPN, SPR mendapati nama pengundi itu memang wujud dalam rekod JPN sebagai warganegara dan pendaftaran adalah sah, kata kenyataan itu.

Berhubung bayaran RM10 bagi setiap bantahan, SPR menjelaskan perkara itu tertakluk kepada peraturan undang-undang khususnya subperaturan 15(4) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...