PKR Pahang Sudah Caca Marba Kerana Seorang Aney..Melingkup Lagi Bagus

Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Abd Hamid (foto) terkejut dengan tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Ram Ponusamy yang tiba-tiba menyerang peribadi Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman berhubung dengan pengguguran daripada kepimpinan parti itu semalam.

Dalam satu kenyataannya, Nizam berkata Dato' Fauzi tidak terlibat dengan tindakan itu dan mengambil sikap berkecuali sebenarnya. "Saya yang mempengerusikan mesyuarat MPN di Bentong semalam, bukan Dato' Fauzi. Keputusan membahaskan usul itu selepas ia dikemukakan oleh Ketua Cabang Kuala Krau (Hj.Suhaimi Said).

Selepas dibahaskan akhirnya MPN mengambil ketetapan membuat keputusan mengugurkan beliau dari jawatan lantikan iaitu Ahli Majlis Pimpinan Negeri", katanya. Malah, kata Nizam beliau dilantik ke jawatan itu oleh Pengerusi Negeri bagi membawa suara kaum India di negeri Pahang. "Dia bukannya Ketua Cabang yang secara automatik menganggotai Ahli Majlis Pimpinan Negeri. Makanya, bila dia tidak sehaluan dengan Pengerusi Negeri, maka beliau berhak digugurkan. Bagaimana dia boleh menyumbangkan khidmatnya apabila sering berbeza pendapatan dengan ketua?", tambah Nizam lagi.

Beliau turut menegaskan telah menerima maklumat tentang pendedahan yang bakal dibuat oleh pemimpin terbabit. "Kami bersedia mempertahankan segala dakwaaan yang dibuat oleh beliau sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah. Kami punyai cukup bukti untuk tolak dakwaan dan tuduhan itu", tambahnya.

Difahamkan Ram Ponusamy telah menyerang peribadi Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihanraya PKR mutakhir ini. Ramai yang menghubungi beliau dikatakan memang terkejut dengan dakwaannya itu. Beliau menyatakan punyai bukti serta dokumen sulit berkaitan rasuah dan penyelewengan kedua-dua pemimpin terbabit yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Sidang media yang dikatakan dibuat siang tadi juga tidak disiarkan oleh pihak TV3 seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Malah, krew kami yang bergegas ke lokasi sidang media pun dimaklumkan sudah berakhir. Persoalannya, benarkah Ram mengadakan sidang media atau sekadar gimik politik semata-mata. Apakah tindakan beliau itu ada kaitan dengan pemilihan Cabang Pekan yang bakal diadakan awal Oktober ini. Difahamkan, beliau adalah salah seorang calon yang akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang itu nanti. sumber

AS KATA PKR MEMANG PARTI HAPRAK!
LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI.
KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG.
PKR PARTI KUAT SELEWENG!
BUKAN ORANG UMNO YANG NAK DEDAHKAN PENYELEWENGAN PUAK PKR NI, PUAK DEPA SENDIRI JUGAK! TAK LAMA LAGI MELINGKUP LAH TU!

1 comment:

Unknown said...

diri sendiri pon hancur!! ada hati nk tawan malaysia! POEHH!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...