Ada manusia sangat berkira utk pendidikan anak tapi tak pernah berkira perkara membazir utk diri mereka sendiri.
Pihak sekolah kena jelaskan rm10 tu untuk apa.
SEORANG penduduk menunjukkan bukti yuran yang dikenakan ke atas murid-murid sekolah agama Taman Kota Masai sebanyak RM10 sebulan di Pasir Gudang semalam.
JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.
11 comments:
Kalau anak 3 org yg bersekolah dah RM30 sorang sebulan. Anak ketua Bahagian UMNO bleh la. Mana ada Ketua Bahagian UMNO yg dok rumah teres habaq mai. Nak kutip duit pakatan kenduri setahun sekali pun liat nak bayaq sebab duit utk perkara2 lain lebih penting. Mcm mana di tahiland free semua..heran aku kerajaan budha kafir lagi.
kalau bapa terbabit tidak merokok alhamdulillah, wajar pihak sekolah sertakan bukti yang diperlukan. Kalau bersikap telus, semua orang puas hati. Rokok sekarang sekotak RM10, kalau 2-3 hari sekotak, bayangkanlah sebulan dan setahun jika dibandingkan dengan yuran tambahan RM10 sebulan untuk seorang kalau 3 org, RM30 sebulan. Kalau rokok kita ambil 3 hari sekotak, sebulan 30 hari, lebih kurang 10 kotak sebulan. RM300 sebulan untuk rokok. Untuk anak RM30 sebulan terpaksa YB masuk campur. Mmmmmm....
mintalah aku tak jadi bapak sengal macam nie...
nak belajar agama pun nak kira?
Saudara,
RM10.00 sebulan untuk pendidikan anak-anak adalah satu jumlah yang tersangat murah didunia ini.
Perokok tegar menghabiskan RM10.00 sehari.
Apa cerita sebenarnya ini. Saya rasa mereka ini sengaja mencari pasal untuk pilihanraya. Ini mesti kes geng PR.
Jimmy Hillhead
Hmmmm...manja!
RM1O SEBULAN MEMBEBANKAN?
ADA ASTRO KAT RUMAH KE? MEROKOK KE? ADA MAKAN2 KAT KFC OR MCDONALD KE? ADA HANDPHONE CANGGIH KE?
PENDIDIKAN ANAK PUN NAK BERKIRA? MANUSIA JENIS APA NI?
Buat malu orang Johor aje......Tu kisah Rokok, tak kira lagi yang jenis sanggup belanja besar beli sport rim untuk kereta...tapi melalak masa nak bayar yuran sekolah anak-anak. Dah nak ngajar agama anak sendiri pun tak reti, hantar sekolah agama, tapi bayar yuran RM 10.00 meraung macam kena sembelit butir nangka.Jenis bapak macam ni lah yang satu hari nanti kena ludah balik dengan anak bila dah besar nanti.........
Buat malu orang Johor aje......Tu kisah Rokok, tak kira lagi yang jenis sanggup belanja besar beli sport rim untuk kereta...tapi melalak masa nak bayar yuran sekolah anak-anak. Dah nak ngajar agama anak sendiri pun tak reti, hantar sekolah agama, tapi bayar yuran RM 10.00 meraung macam kena sembelit butir nangka.Jenis bapak macam ni lah yang satu hari nanti kena ludah balik dengan anak bila dah besar nanti.........
bayar astro mampu.
pasal nak tengok film indon jer.
dalam bab pelajaran anak2 berkira sangat.
sebab tu anak2 sekarang banyak berperangai setan.
mak bapa lebih utamakan hiburan.
rm10 atau rm30 tu bising jika dalam sebab pendidikan.
habis berganda dari itu dalam hal maksiat jadi kemegahan.
tak payahlah antar anak pergi sekolah kalu nak bising2...ajar sendiri...akhirnya bapa jadi hantu anak2 jadi setan.
kalu tengok rupa mamat yg tunjuk resit yuran pun dah olih agak.
mamat ni jenis firaun juga.
muka tak ada seri langsung.
sesab tu rm 10 untuk didikan ugama pun nak bising.
inilah dia dajal2 akhir zaman..
bab ugama berkira sangat.
pada sesape yg xde dlm situasi nie mmg snang ckp jer...tp perkara nie berbangkit ble pihak sekolah sebelum ini telah mmberitahu bahawa byaran rm10 tersebut xkn dikutip lg setiap bulan apabila bangunan sekolah agama tersebut siap dibina..tp skang,bangunan telah siap di bina dan telah digunakan oleh para pelajar tp kenapa byaran tambhan tersebut masih lg diminta?apabila ditanya pd pihak sekolah,pihak sekolah akan memberi jawapan yg tidak munasabah dan tidak jelas..pihak sekolah juga pernah memberi jawapan bahawa yuran tambahan tersebut digunakan utk membayar "OT" guru2..sedangkan sekolah tersebut dibawah jabatan agama negeri..kenapa pula pihak sekolah pula yang perlu membayar "OT" pd guru2 bkn nye jabatan agama sendri...ini bukan nye sekolah persendrian..yang harus membayar gaji dan "OT" oleh pihak sekolah sendri..kami juga pernah juga bertemu dengan salah seorang guru yang mengajar disekolah tersebut dan bertanya kn tentang waktu bekerja guru tersebut ketika beliau menghantar anaknya dirumah pengasuh yang mana rumah pengasuh tersebut bersebelahan dengan rumah salah seorang ibu bapa kepada pelajar sekolah agama taman kota masai...adakah dia bekerja dr pg hingga petang..tp jawapan yg guru tersebut berikan "MEREKA (PARA GURU) BEKERJA MENGIKUT SESI..GURU SESI PAGI AKAN MENGAJAR DR PAGI HINGGA TGHARI DAN GURU SESI PETANG AKAN MENGAJAR DR TENGHARI HINGGA PETANG.." jd disini tiada sebarang "OT" yg dilakukan oleh guru2 di sekolah tersebut..pihak sekolah juga pernah mengatakan bahawa pihak sekolah tidak menerima 1sen pun dr jabatan agama..tp mengapa kerusi meja ditulis atas nama "JABATAN AGAMA??" jd dimana pergi nya wang tersebut??kami tidak akan pertikaikan pembayaran rm10 ini sebelum ini...tp sepertimana kami beritahu td,pihak sekolah tidak akan mengutip yuran tambahan selepas bangunan sekolah siap..tp selepas bangunan sekolah siap,kenapa berbagai alasan yg diberikan??jika ad 10org yg bertanya pd pihak sekolah tentang persoalan yg sama,pihak sekolah akan memberi alasan yg berlainan pd setiap seorang..jd jawapan atau alasan yg mana betul??
Post a Comment