Biadap! Artis Barat Bikin Remaja Malaysia Lempar Coli Ke Pentas!

Kandungan email yang diterima dari seorang rakan:-

Peminat remaja wanita lempar coli atas pentas!

Festival Rockaway tahun 2011 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 8 Oktober 2011 baru-baru ini dicemarkan dengan tindakan kurang ajar dan tidak bermoral sebuah band Rock Punk, All Time Low dari Amerika yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti F*ck You semasa membuat persembahan.

Lebih menghairankan lagi, walaupun bersikap kurang ajar, kelibat All Time Low sempat membuatkan segelintir peminat remaja wanita tempatan bertindak gila dengan melemparkan coli bertulis ayat-ayat cinta kepada mereka di atas pentas.

Apa yang ada dalam akal remaja kita kekadang?
Menurut sumber, band All Time Low pada awalnya telah diberikan taklimat berhubung tatatertib persembahan di Malaysia bersama dengan band-band antarabangsa dan tempatan yang lain namun langsung tidak mengendahkan amaran berkali-kali yang diberikan oleh pihak penganjur agar tidak mengeluarkan kata-kata lucah tersebut.

Gara-gara tindakan kurang ajar band All Time Low, penganjur telah dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan band tersebut dan berkemungkinan besar band All Time Low akan diharamkan oleh promoter-promoter tempatan bagi mengelakkan perkara yang sama agar tidak berulang.

Apa nak jadi dengan remaja kita?
Dimana ibubapa mereka?

A.S amat berharap dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan tersebut. Kasi blacklist terus pun takpa!

Bagi A.S, tak rugi kita tutup terus pintu kepada konsert artis antarabangsa.
Apa yang nak digahkan sangat?
Kita pun ada ramai artis tempatan yang hebat. Setakat nak tengok persembahan, cakap je artis mana pun dalam dunia ni, semua ada dalam youtube seperti dibawah.

Kalau nak buka pun, ketatkan syarat seketat-ketatnya terhadap pemilihan artis luar membuat konsert di negara ini agar kejadian membaling bra ni tak berulang lagi. AS amat harap yang buat kerja ni bukan anak orang melayu Islam kita!

2 comments:

Anonymous said...

salah video la abang

http://www.youtube.com/watch?v=GcNiKCmWdYE

Anonymous said...

Hahaha salah video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...